Tuesday 21 December 2010

Jangan Lupa Pada Yang Satu

Bismillahirrahmanirrahim


Bangun...!!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh ya ustazah..!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahummaftah a'laina hikmataka wansyur a'laina minn hozaa inirohmatika yaa arrhamarrahiminn...Robbishrohli sodri wa yarsirli amri wahlulu'datammillisani yafqohu qowli..

Ya Allah lama sudah masa itu berlalu...zaman kanak-kanak yang amat indah sekali...tamat saja sekolah di waktu pagi...disambung pula dengan kelas fardhu a'in di sebelah petangnya.

Lengkap berbaju melayu putih,bersamping maroon dan songkok di kepala...saat dan ketika itu cukup manis bila dikenang kembali walaupun sedikit penat dan mengantuk dengan jadual harian yang agak pack..ditambah pula waktu itu (petang) adalah waktu yang amat lazim bagi kebanyakan manusia untuk tidur.

Masa berlalu pergi dan tak akan kembali,namun ilmu yang dipelajari janganlah dibiarkan lenyap sama sekali.Itulah yang manusia sering alpa,walau hanya dengan kalimah ''bismillah..." yang diajar,ia sudah cukup membawa sejuta rahmat kepada kita.Kalau dahulunya...setiap kali sebelum kelas bermula...tidak kira di sekolah atau di mana sahaja,kita pasti akan bangun,ucap salam kepada guru dan membaca doa penerang hati bersama.Namun masihkah amalan itu dilakukan sehingga kini? Sebelum ingin memulakan sesi study di bilik tu,rajin-rajinlah mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah,minta diterangkan hati,dilapangkan dada,agar mudah difahami ilmu yang dipelajari.

"Aku study macam nak mati...stay up hari-hari pon...result masih teruk jugak..tak faham jugak apa yang dibaca.." Sering kali kita merungut...itu dan ini...sehingga menyalahkan orang lain...menyalahkan guru kononya tak pandai mengajar...dan sebagainya.Tapi tidak pernahkah kita terfikir mungkin ada sesuatu yang silap pada diri kita sendiri...apa kata duduk sebentar...beriman sejenak...berfikir dan muhasabah diri...mana yang kurang manis ditambah gulanya...mana yang kurang masin ditambahkan garamnya.

Begitu juga keadaannya di dalam jalan dakwah ini...tugas seorang da'i bukanlah mudah...bukan senang untuk menyampaikan dan bukan mudah untuk membuat orang lain tersentuh dengan apa yang disampaikan.Tidak semestinya anda seorang bekas pelajar lulusan Maahad Ahmadi atau yang sewaktu dengannya boleh mentarbiyah seseorang dengan mudah tanpa sebarang masalah.Tidak semestinya anda seorang graduan lulusan Universiti Al-Azhar dengan mudah boleh membuat orang lain terkesan dengan seruan dakwah anda.Jangan disalahkan objek dakwah kita sebelum kita check semula diri kita sendiri.Mungkin ada silapnya di mana-mana.Mungkin belum cukup kukuh hubungan kita dengan Allah.Mungkin diri kita sendiri masih banyak perlu diperbaiki.

Kerana dakwah dan tarbiyah perlu bergerak seiring.Tarbiyahlah diri tanpa ada hadnya.Tanpa tarbiyah bagaimana dakwah itu hendak bergerak dengan baik.Tanpa tarbiyah takkan terbinalah individu-individu untuk mentarbiyah orang lain.Namun apa yang lebih aula (utama) , kembalilah pada Allah dan ajaran RasulNya. Ingatlah kebergantungan kita hanya pada yang Maha Esa. Tidak kira dalam dakwah,belajar atau apa sahaja,Allah perlu diutamakan.Jika ada sesuatu musibah yang datang melanda, kembalilah kepadaNya..kerana Dialah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta.

Allahua'alam



Selamat beramal dan Selamat bermujahadah

Monday 13 December 2010

Erti hidup pada diriku

Berkah amal soleh tumbuh subur dalam ladang hatiku.
Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.
Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya
dan kuberikan sarinya pada mereka yang kehausan.
Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tak bisa lagi menuruti hati nuraniku,
maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!
Aku seorang penyair, apabila aku tak bisa memberi, akupun tak mau menerima apa-apa.
~ Khalil Gibran

Friday 5 November 2010

kaca tak sama dengan intan permata

...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah...tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.Setiap hari kalimah ini yang diulang dan diulang lagi...tanda keimanan dan kepatuhan kita kepada Ilahi.Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam.Masih diberi peluang untuk mengabdikan diri kepadaNya.Masih lagi diberi ruang untuk menjalani kehidupan seharian dibawah lembayung ISLAM yang diredhaiNya.Pejam celik pejam celik,hari berganti hari,masa terus berlalu meninggalkan kita.Dan manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Melainkan mereka yang Allah berikan kepadanya keimanan...dan saling berpesan ke arah kebaikan ...dan berpesan supaya menjauhi keburukan.



Kasih sayang Allah cukup luas.Diberi pelbagai nikmat dan ganjaran kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Tetapi tidak semua yang sedar akan hakikat ini.Ada yang berkata bahawa Allah itu sangat kejam,tidak adil dan sebagainya.Hanya kerana mereka ditimpakan pelbagai ujian dan dugaan yang tak disangka-sangka.Namun sedarkah mereka...bahawa setiap insan yang bernyawa adalah hamba,hak milik mutlak Allah.Namun usah buruk sangka...kerana setiap apa yang Allah turunkan ke atas hambaNya yang beriman merupakan tanda kecintaanNya kepada kita.Ujian itu adalah tarbiyah.Didikan yang amat hebat dari Allah.Kerana setiap yang datang dari Allah cukup hebat dan tiada tandingannya.Manusia tidak mampu untuk berjalan sendiri dengan baik tanpa tarbiyah.



Dan setiap manusia beriman pastinya inginkan ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Ganjaran maha agung yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang beriman dan bertaqwa.Namun,berapakah nilai yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurgaNya?Adakah memadai sekadar menyempurnakan rukun iman dan islam?Adakah memadai dengan menuruti setiap amalan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?Adakah cukup hanya dengan mentaati Allah dan RasulNya serta meninggalkan segala perkara yang dilarangNya?



Ingatkah kita akan kisah Nabi Allah Yunus yang ditelan oleh ikan nun,ditemani kegelapan dalam masa 40hari 40 malam dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cubaan dari Tuhannya?Walaupun baginda adalah manusia mulia yang diutus oleh Allah ke atas muka bumi ini,namun itu bukanlah alasan untuk Allah tidak mendatangkan kepayahan ke atas diri baginda.

Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan)...


Namun Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...tidak dibiarkan begitu sahaja hambaNya memikul beban yang cukup berat itu...dan Allah berfirman lagi ...


...sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)


Maka itulah harga sebuah syurga Allah...tidak ternilai...

firman Allah dalam surah at-Taubah...


Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk meraka...


Mahukan syurga tapi tak sanggup korbankan jiwa harta dan apa sahaja untuk Allah dan agamaNya.Duduk sebentar...dan berfikirlah sejenak.


Allahu a'alam



Tuesday 14 September 2010

Kala Syawal Bertasbih

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...kalimah suci yang acap kali diungkapkan tatkala seseorang itu mendapat suatu rahmat berupa kejayaan,kebahagian,kesenangan,kelapangan dan pelbagai lagi tanda terima kasih kepada Ilahi.

"Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar wa lillahilhamd"

Kalimah puji-pujian yang pasti kedengaran pabila 1 Syawal menjelma.Tanda syukur di atas kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.Tibanya Syawal,perginya Ramadhan.

Ada yang gembira,dan ada pula yang berduka.


Teringat zaman kecik-kecik dulu...raya sangat dinantikan

Ramadhan Kareem...bulan yang penuh dengan hikmah dan rahmah.Selain menjalankan ibadah puasa selama sebulan,ramai umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memperkasakan rohani dengan pelbagai ibadah tambahan.Tadarus Al-Quran,solat fardhu berjemaah,solat sunat tarawih,qiamullail,berzikir dan bersedekah.Masjid-masjid dipenuhi dengan para jemaah,tak kira kecil besar tua muda.Suasana biasa yang dapat dilihat di bulan Ramadhan.Tatkala pulang bercuti di Malaysia Ogos lalu,saya berkesempatan mendirikan solat fardhu Isyak serta solat tarawih di masjid negeri Shah Alam.Subhanallah.Ramainya umat Islam yang mendatangi masjid ketika malam itu.Sehingga terpaksa diupah beberapa orang охрана(pakguard) untuk mengawal lalu lintas di dalam kawasan parking kereta masjid tersebut.Di dalam hati,terdetik kata-kata,alangkah indahnya jika semua masjid yang di Malaysia ini meriah seperti ini,tak kira masa,pagi petang siang atau malam,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah,Zulhijjah atau bila-bila saja.

Inilah fenomenanya.Bila tamat saja Ramadhan,masjid kembali semula lengang.Bukan tiada jemaah...ada...tapi berapa kerat saja.Seperti pepatah melayu,"habes madu sepah dibuang".

Ramadhan itu umpama taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga yang cantik,di mana terkandung di dalamnya madu-madu yang lazat.Di kala semua madu habis dihisap,dikaut maka sepahnya di buang.Di buang begitu saja.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 7:

“Dan kenanglah ni’mat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu, serta ingatlah perjanjiannNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah Allah dan RasulNya).” Dan betaqwa lah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati).”

Adakah Ramadhan itu satu-satunya bulan untuk kita mengaut semua nikmat Allah?

Adakah Ramadhan itu satu-satunya ladang ibadah untuk kita meningkatkan amalan siang dan malam?

Adakah di dalam Ramadhan saja kita nak stop amalan tak berfaedah seperti merokok,menjaga tutur kata,menjaga pandangan dan sebagainya?

Ketahuilah bahawa segala amal ibadah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan itu hanyalah kerana Allah.BUKAN kerana ia adalah bulan mulia untuk umat Islam.Di mana semua muslim wajib berpuasa sebulan,tidak ada pada bulan-bulan lain.BUKAN kerana adanya lailatul Qadr,malam yang lebih mulia dari seribu bulan.Cukup sedih,bagi mereka yang tidak faham erti sebenar Ramadhan.Sebab itulah tatkala berlalu saja Ramadhan,semua kembali seperti sebelumnya.Amalan-amalan yang didirikan semasa di bulan Ramadhan entah hilang ke mana.Masjid entah tak tahu apa fungsinya.Apa yang pasti bila tiba hari Jumaat,barulah kelihatan fungsinya.

Namun...masih ramai mukminin mukminat yang tahu,faham dan sedar bahawa hidup dan mati mereka lillahi ta'ala.Tibanya Syawal...ibadah puasa diteruskan dengan amalan puasa sunat enam.Cara Allah mentarbiyah hambaNya untuk terus bertaqwa kepadaNya.Hadis nabi menyatakan pabila seseorang itu berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal umpama dia berpuasa sepanjang tahun.

Mari bersama-sama mengambil ibrah di bulan Ramadhan yang telah pergi,teruskanlah amalan fardhu dan sunat,kerana ia bukan semata-mata untuk Ramadhan.Kerana Ramadhan itu tidak kekal,datang dan pergi setiap tahun.Hanya Allah yang kekal dan kepada Dia saja yang berhak disembah.Betulkanlah niat,bahawa setiap amal kebajikan itu 150% keranaNya.

Oh dah 10 Syawal rupanya.Masih ada open house di sana sini.Jangan lupa...isi jasmani,isi juga rohani.Selamat beramal.


Tuesday 31 August 2010

Ayuh PECUT !!!!

Alhamdulillah..sampai sudah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan al-Kareem.

Seharusnya malam-malam terakhir ini diisi dengan ibadah-ibadah yang lebih berat dan lebih bersungguh lagi.Sebagaimana Usain Bolt,raja pecut dunia memecut dengan ligatnya hingga ke garisan penamat,maka kita juga sepatutnya begitu...membuat pecutan terakhir dalam setiap amalan sebelum Ramadhan tiba ke penghujungnya.

Rebutlah 10 malam terakhir ini...kerana adanya Lailatul Qadar,iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Subhanallah.Pohonlah keampunan daripadaNya dengan sepenuh-penuh harapan yang tinggi berteraskan iman yang hakiki.

Aisyah r.a. bertanyakan Rasulullah s.a.w: “Apa yg harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?” Baginda menjawab: Katakan-: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni’ (Ya Allah! Allah yang maha Pengampun, ampunilah aku).” HR Tirmizi

Jangan mensia-siakannya.Kerana adakah Ramadhan yang bakal pergi ini akan kita temui lagi di tahun yang mendatang?Sentiasalah menadah tangan dan berdoa moga-moga kita disampaikan ke Ramadhan yang akan datang.InsyaAllah.Dan pohonlah pada Allah agar diterima Ramadhan kita,diterima qiam,zikir dan segala amal kita dan moga dibebaskan kita dari api neraka.

Allahua'lam.

"Selamat Memburu.Selamat Beramal"



Sunday 15 August 2010

semua itu dari Allah

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...segala pujian itu selayaknya hanyalah kepada Allah.
Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat iman dan islam...bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas,melihat dan merasa setiap kejadiannya yang Maha Agung.Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi ruang untuk merasai nikmatnya Ramadhan,bulan yg hanya muncul setahun sekali,bulan yg penuh barakah,di mana Allah menjanjikan ganjaran yg cukup hebat bagi hamba-hambaNya yg beriman.

Sedar tak sedar cuti musim panas dah hampir ke penghujungnya.Sejauh mana kita memanfaatkannya?Adakah kita isi waktu lapang ini dengan hal2 yg berfaedah?Atau sekadar duduk lepak depan tv 24jam,bangun makan tido saja?Atau meringankan kaki berjalan menziarah saudara mara,cikgu2,sahabat2 yg dah lama tak berjumpa?tepuk dada tanyalah iman.

Jika difikirkan tak semua orang bernasib baik.Tak semua orang berpeluang untuk join aktiviti2/program2 yg bermanfaat.Mungkin disebabkan masalah transport,masalah masa,jarak dan sebagainya.Jadi bagi kita yg Allah beri peluang utk join semua aktiviti yg best2 tu bersyukurlah...kerana kita adalah orang2 yg terpilih.Bersimpatilah kepada sahabat2 kita yg kurang bernasib baik.Kita merancang,Allah juga merancang.Namun perancangan Allah adalah yg terbaik.

Syukur yg teramat kepada Allah,kerana Dia telah mempermudahkan segalanya.Walaupun cuti lebih kurang 3 minggu saja,tapi alhamdulillah semua urusan yg penting dapat diselesaikan.Biiznillah.

Ramadhan kembali lagi...dan apakah target kita utk Ramadhan kali ini?Adakah hanya sekadar mahu melengkapkan puasa 30hari saja?Atau nak cukupkan solat sunat tarawih tanpa miss satu malam pun?Atau nak khatam Al-Quran 30juzuk?Dan adakah puasa kita ini benar2 lillahi taala atau kerana ia adalah bulan Ramadhan yg mana bila tiba saja bulan ini,semua umat islam mesti puasa,menahan lapar dan dahaga.Tepuk dada tanyalah iman.Dan sejauh manakah kita menghargai bulan yang penuh barakah ini...semua itu terpulang kepada diri sendiri.Ingatlah semuanya dari Allah...bersyukur dan teruskanlah bersyukur.Sama2 check and topup iman kita yg selalu turun naik..jadilah hambaNya yg bertaqwa.Jadilah hamba yg taat dan patuh pada perintahNya dan tinggalkanlah laranganNya.Di bulan Ramadhan,semua pintu syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutup.Maka berbahagialah bagi orang2 beriman yg bijak mengambil peluang untuk meningkatkan amal ibadahnya semata-mata lillahhi taala.Bukan sekadar menambah amal,ilmu di dada juga jangan dibiarkan begitu saja.Carilah mana-mana sumber ilmiah..melalui buku-buku...internet dll supaya sedikit sebanyak terisi juga tsaqofah kita.Basahilah jiwa kita dengan menghadiri majlis2 taklim,usrah dsb agar nikmat iman itu dapat dirasai.insyaAllah.
Tapi...adakah amalan2 ini hanya berjalan di bulan Ramadhan saja?Bulan-bulan lain tak perlu ke?fikirkanlah.Jika kita inginkan kasih sayang dan redha Allah...maka konsisten dan istiqamahlah.Ikhlaskan hati,insyaAllah balasanNya lumayan di akhirat kelak.Maka sekali lagi tepuk dada tanyalah iman.Allah sentiasa bersama kita.
Allahua'lam.Wassalam wrt.

Tuesday 22 June 2010

Nota Untuk Da'ie

"Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita da'wahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang
kita perkatakan.
Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita
dalam usaha kita mengingati manusia!!!!"

Selamat Beramal

Wednesday 16 June 2010

Seteguh mana cinta itu

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah,walaupun banyak dugaan time exam ni dapat juga luang sedikit waktu untuk meng'update' blog ni.


Segala pujian hanya bagi Allah,setiap kali pandang ke langit,terasa cukup kagum dengan kebesaranNya.Setiap apa yang turun dari langit,tak kiralah hujan biasa,hujan batu,salji,ribut,petir dan apa-apa saja telah tercatat fungsi dan kepentingan masing-masing yang tersendiri.Dan setiap yang turun dariNya merupakan rahmat agung yang tak mampu ditandingi oleh mana-mana makhluk pun terutama yang bergelar 'manusia'.

Ya Allah.Benarlah firman Allah itu di dalam Al-Quran bahawa setiap kejadian di langit dan di bumi itu ada tanda-tanda kebesaranNya.Hanya tinggal kita ini yang mahu berfikir atau pon tak nak.Maka malanglah bagi mereka yang ada hati tapi tak mahu berfikir,ada mata tapi tak mahu melihat akan setiap inci bukti kebesaran ciptaanNya yang maha hebat ini.


Pernahkah terlintas di fikiran kita,bahawa kehidupan kita sebagai hambaNya di atas dunia yang fana ini tidak lengkap tanpa belas kasih dan cintaNya kepada kita?Kerana apa...setiap apa yang kita peroleh,setiap apa yang kita raih..semuanya adalah atas kasih sayang yang dilimpahkanNya kepada kita...usah mengharapkan apa-apa andai kita tidak mahu berusaha menjejak dan menggapai cintaNya yang sejati...jadi kesimpulannya,cintalah Dia,maka Dia akan cintakan kita,dan insyaAllah tercapailah apa yang kita minta...

Kasih dan cinta Allah itu tiada penghujung,tiada tandingan dan tiada ragu-ragu.Insan yang sentiasa mengharapkan kasih dan cinta Allah adalah insan yang sangat beruntung.Sanggup melakukan apa sahaja perkara yang disukai Allah.Dan menjauhi perkara yang tak disukaiNya.
Ibarat seorang boyfren yang sanggup meredah lautan api semata-mata untuk membuktikan cintanya terhadap girlfrennya,begitulah juga bagaimana seorang hamba bertaqwa sanggup mengetepikan segalanya demi untuk Penciptanya.


Sepertimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam Al-Quran,di mana Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih putera kandungnya sendiri.Namun di atas rasa cintanya terhadap Allah yang begitu mendalam Nabi Ibrahim tetap menjalankan perintah itu dengan hati yang terbuka.Sehinggakan baginda digelar sebagai khalilullah(kekasih Allah).

Bagaimana dengan kita?sejauh mana cinta kita kepada Dia?atau adakah kita masih lagi tak mengenaliNya?kata orang tak kenal maka tak cinta.Kerana apa....jangan ingat hidup di atas dunia ini semata-mata untuk hidup senang,untuk berjaya dalam pelajaran,berjaya lulus exam dengan gilang-gemilang,menceburi bidang kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan...dan dengan harta yang banyak boleh digunakan untuk melancong ke mana saja negara yang diingini..sampai lupa tanggungjawab asal yang ditetapkan Allah kepada kita.

"Dengan duit yang banyak ni aku nak buat amal kebajikan...buat masjid...sedekah rumah anak yatim...hantar mak bapak aku pergi haji...buat sekolah-sekolah agama..."

Memang benar...namun adakah kita benar-benar yakin bahawa amalan kebajikan itu akan diterima oleh Allah atau tak akan dipandang langsung?Syukur alhamdulillah kalau diterima...tapi kalau sebaliknya?sia-sia saja lah.... Syurga Allah itu bukan lah bernilai sejuta,2 juta,4 juta,15 juta atau berbilion....yang mana boleh dibeli dengan amalan...pahala yang kita pungut sepangjang hayat kita sebagai hambaNya...masuknya seseorang itu ke dalam syurgaNya adalah atas keredhaanNya... jadi bagaimana nak meraih redha dan keberkatan dariNya?

Semuanya bergantung kepada suka atau tak suka Allah pada kita...
Setiap amal..perbuatan yang nak dilakukan pastikan bertanya dulu kepada diri sendiri..."Allah suka ke tak dengan apa aku nak buat ni..." tanpa mengharap balasan dariNya.Jadi...ringan-ringankanlah diri untuk membaca dan menghayati surat-surat cinta dariNya,iaitu Al-Quran yang penuh hikmah...dan kembalilah mengamalkan amalan yang dilakukan oleh kekasihnya Muhammad bin Abdullah melalui sunnahnya.Kerana..tanda kita cintakan Allah adalah apabila kita cintakan Rasulullah...tanda kita cintakan Rasulullah apabila kita mengamalkan segala sunnahnya.


Ya Allah,sesungguhnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai perkara seperti ini,kerana masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki,namun serba sedikit ilmu yang ada,berbekalkan hadis Rasulullah yang berbunyi "sampaikanlah ayatku walaupun sepotong ayat", maka saya susun kekuatan pada jari ini untuk menulis apa yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua.Mudah-mudahan InsyaAllah.



Wallahu'alam.


p/s: bitawfeeq wannajah kepada semua sahabat ikhwah akhwat yang sedang ber'exam' dan bakal menghadapi exam..niatkan study dan exam ini keranaNya..lillahi ta'ala.

Saturday 5 June 2010

untukmu Palestina

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Palestin...dari dulu hingga sekarang..terus ditindas,dipijak tanpa rasa belas kasihan oleh yahudi laknatullah.Bantuan disekat...barangan perubatan,wang,bahan makanan dirampas.Itulah yang berlaku beberapa hari yang lalu..bukan setakat bahan bantuan dirampas..kapal yang penuh sarat dengan segala macam bantuan turut diserang...tak cukup dengan itu para sukarelawan yang turut serta dalam program Life Line 4 Gaza turut di'attack' hingga menyebabkan ramai yang terkorban...ya Allah apa lagi yang mereka mahukan.Benarlah seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran,ternyata bangsa yahudi adalah bangsa yang paling kejam dan dilaknat oleh Allah selama-lamanya.

Bersabarlah wahai saudaraku...

Saudaraku sekalian,marilah sama-sama kita berdiri atas nama Allah yang Maha Perkasa.Bersama membela nasib saudara Palestina kita...sama-samalah berjihad di jalan Allah,tak kiralah melalui harta atau apa sahaja yang termampu kita lakukan.Berdoalah moga-moga Allah melindungi mereka,semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka,semoga Allah menghancurkan tentera musyrikin yahudi dan sekutu-sekutunya.


Namun..berdoa saja belum cukup untuk menewaskan mereka,belum cukup untuk menyelamatkan saudara kita,belum cukup untuk menyelamatkan maruah Islam yang telah lama dicaci dan dihina.Perlukan USAHA!!! Bangkitlah,bukalah minda,sedarlah dari tidur yang sudah cukup lama...kita memikul tanggungjawab,sebagai wakil Allah di atas muka bumiNya,sebagai wakil yang memakmurkan buminya.Kita adalah khalifah,kita adalah umat Muhammad,perlu meneruskan tugas baginda,perlu melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan olehNya kepada kita.Ayuh,gerak bersama,menyampaikan risalah Al-Quran dan as-sunnah,mengajak saudara-saudara kita yang masih leka kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya,meniup perasaan cinta dan kasih kepada Pencipta dan rasulNya serta agamaNya dengan cinta yang sedalam-dalamnya.

Di bawah payung ISLAM,kita bersatu,bergerak seiringan,sebagai satu ummah,umat yang berkualiti disisiNya,sepertimana para sahabat...sepertimana umat Islam yang ada ketika zaman pemerintahan khulafa'.Agar Islam berdiri dengan megah,tidak lagi dihina,dicaci,dikutuk dengan sesuka hati.

Bagaimana? Mulakan dari perkara yang paling asas...didiklah jiwa...didiklah hati...dengan tarbiyyah...melalui taman-taman syurga (usrah) yang penuh dengan bi'ah Islamiyyah.Tarbiyyahlah diri..kerana di situlah bermulanya perjuangan yang hakiki.

Ayuh,sedarlah...sedarkanlah sahabat-sahabat yang masih belum sedar...ingatlah,mereka adalah saudara kita...


"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayuh! Bersatulah wahai umat ISLAM! Buanglah semangat nasionalisma yang melampau-lampau! Ingatlah kita perlu bersatu di bawah nama ISLAM! Bersatu atas dasar cintakan ISLAM,cintakan ALLAH dan rasulNya dan cintakan UMMAH!
Kerana mereka adalah saudara kita... siapa lagi yang sanggup membela nasib mereka kalau bukan kita...saudara seislam mereka.

Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan.Berusaha dan terus usaha.Palestin pasti akan kembali aman seperti dahulu kala,terlepas dari cengkaman yahudi dan sekutunya.ALLAHU AKBAR!!!

Sunday 16 May 2010

Ghozwul fikri (2)

...sambungan dari bahagian (1)...

Apakah cara yang digunakan untuk GF ???

1. Pencemaran atau pengaburan (tasywih)
Menggambarkan Islam dalam bentuk yang kabur dan samar-samar, yang sama sekali bertentangan dengan nilai Islam yang sebenarnya. Islam digambarkan sebagai suatu agama yang kejam, tidak adil, kekerasan, paksaan, peperangan dan sebagainya. Ini dilakukan melalui media-media massa yang mereka kuasai atau yang mereka pengaruhi. Begitu juga, ketinggian Islam disembunyikan.Contohnya,kita dapat lihat dalam filem 'Fitna',bagaimana Islam digambarkan sebgai agama yang ganas dan tidak berperi kemanusiaan di mata masyarakat dunia.



2. Penyesatan (tadhlil)
Cara ini dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam usaha menyesatkan umat Islam, samada dengan cara yang paling halus hingga kepada yang kasar. Contohnya adalah usaha menggiring umat untuk mencintai hal-hal yang mistik dan magic yang mana kesemuanya itu mengheret kepada hal yang syirik. Melalui media internet para pemuda kita dicondongkan minat mereka untuk mencintai hal-hal yang berbau lucah, melalui cerita fiksi dan gambar-gambar yang mendedahkan aurat.


3. Pembaratan (taghrib)
Menghidupkan budaya hidup Barat ke dalam diri umat Islam. Berbagai usaha ditanamkan ke dalam tubuh umat islam, bermula dari lagu-lagu, filem, potongan rambut, kasut dan sebagainya hingga kepada gaya hidup (life style) yang semuanya bercirikan barat.



4. Modernisasi (‘ashriyah )
Mereka mengatakan bahwa gaya hidup dahulu kuno dan ketinggalan zaman, sementara barat mempunyai identiti dengan moden dan maju. Cara hidup yang berciri keagamaan dipandang sebagai hidup yang lapuk. “Ganti gaya hidup kuno dengan gaya hidup yang menjanjikan kecemerlangan iaitu gaya hidup barat yang moden”. Slogan itu terus-menerus digaungkan melalui media. Kecanggihan sistem pengurusan dan pentadbiran mereka digembar gemburkan sebagai sesuatu yang canggih. Sistem informasi dan teknologi barat digambarkan sebagai moden dan terkini.

Keempat-empat cara tersebut berlangsung secara paralel, terus-menerus, dan saling memberikan kekuatan sehingga makin menimbulkan kesan yang menyeluruh. Tasywih menyebabkan banyak generasi baru umat ini pergi meninggalkan Islam. Atau mereka mungkin menerapkan ajaran Islam tetapi berpecah-pecah dan tidak menyeluruh sehingga menimbulkan kesan buruk dan rendahnya wajah Islam. Tadhlil menyimpangkan umat dari arah yang benar menuju perbuatan syirik dan penuh dosa. Dan taghrib serta ‘ashriyah makin menenggelamkan gambaran sejarah kegemilangan peradaban Islam yang pernah dihadirkan oleh rasul dan para sahabat 14 abad yang lalu.

Dari usaha inilah timbulnya generasi Islam yang kosong dari pemahaman tsaqofah islamiah (wawasan Islam), tidak mengenal Deennya sendiri, bahkan yang lebih ekstrim lagi, mereka meemperlekehkan ajaran agamanya sendiri. Pada sudut lain pula, lihatlah generasi pengganti yang taklid, generasi yang tumbuh dalam suasana ikhtilath (pencampuran laki-laki dan wanita). Kesan yang paling besar pengaruhnya adalah pelunturan identiti seorang muslim yang berganti dengan wajah-wajah asing.
Semuanya berlangsung dengan penuh kewajaran, ketenangan tanpa setitis darah pun mengalir. Rasulullah bersabda, ”Satu persatu Islam akan lepas. Pertama adalah hukumat (undang-undang dan pemerintahan) dan yang terakhir adalah salat”.




Sarana yang digunakan dalam GF

a. Kebudayaan; melalui kebudayaan ini kaum muslimin secara perlahan-lahan dipedayakan agar tidak taat kepada Diennya.
b. Pendidikan; melalui program pendidikan yang sekuler, kaum muslimin digembling agar luntur aqidahnya, sehingga meninggalkan syari’ah Islam.
c. Undang-undang; melalui norma-norma hukum yang dibuat manusia tanpa mengindahkan hukum-hukum Islam, maka kaum muslimin dilunturkan keyakinannya untuk tidak melaksanakan hukum Allah .
d. Media komunikasi; untuk menempuh segala sarana di atas maka sarana komunikasi ini yang paling efektif. sebab melalui sarana ini kaum muslimin terpedaya dengan program-program yang disyi’arkan oleh mereka.

Kesimpulannya,fenomena ini sememangnya sedang bergiat cergas dalam masyarakat kita pada hari ini,ramai yang telah terjebak secara langsung dan tak langsung.Itulah realiti kehidupan umat ini pada zaman ini...hanyut dengan pelbagai nikmat dunnia tanpa sedikit pon menghiraukan aza dan balasan yang maha hebat di sana nanti.Mahukah kita ingin terus melihat saudara kita leka dibawa arus begitu saja?Mahukah kita terus melihat Ad-Deen ini terus menerus dihina dengan sesuka hati mereka?Ayuh,dah tiba masanya untuk kita menyedari hakikat ini dan segera bangkit,memperkuat aqidah, meningkatkan ibadah, memperindah akhlak, menyedarkan umat dari bahaya ghozwul fikri ini.Sedarlah bahawa kecintaan terhadap dunia semata-mata bukanlah jalan yang terbaik kerana segala nikmat dunia yang dikurniakan adalah datang dari Dia,maka cintailah yang Maha Pencipta,agar sentiasa dirahmatiNya dan terus memperoleh nikmatNya yang tak terhingga hebatnya.Renung-renungkan....wassalam.

Ghozwul fikri (1)

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,segala puji-pujian bagi Allah,Penguasa sekalian makhluk...kerana rahmat dan izinNya,diri ini masih lagi dapat berdiri,berjalan,berlari dengan baik...melihat,mendegar,menghidu dan merasa dengan baik...dan syukur alhamdulillah diberi nikmat ruang dan masa untuk menulis serba sedikit peringatan untuk dijadikan pengajaran dan teladan kita bersama insyaAllah.

Ghozwul fikri,atau 'perang pemikiran' telah muncul selepas tamatnya Perang Salib VII yang diketuai oleh Louis IX.Ketika itu ia berkata, ”Kita sama-sama menjalani pertarungan yang panjang antara Islam dan Barat. Tidak mungkin kita menghancurkan Islam kerana Islam memiliki cara peperangan yang bernama jihad fisabilillah. Selama masih ada jihad ini pada diri umat islam, maka mereka tidak akan pernah kita kalahkan. Oleh itu kita harus membuat penyimpangan pengertian dan mengecilkan makna jihad dalam diri umat Islam”. Maka sejak itulah Barat telah bersepakat untuk melancarkan ghozwul fikri terhadap umat Islam dengan berbagai macam kekuatan dan sarana yang mereka miliki. Fenomena perang pemikiran merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari rencana Barat untuk menghancurkan Islam.



Apakah kepentingan mengetahui ghozwul fikri (GF) ???
1. Merupakan perintah syariat untuk waspada terhadap gerakan musuh
2. Agar kaum muslimin menyedari tentang adanya serangkaian tipu daya yang dilakukan oleh musuh, sebelum mereka menghancurkan islam
3. Kewajipan kita untuk mempersiapkan kekuatan yang daapt mengimbangi musuh
4. Sebagai usaha untuk menilai kekuatan musuh

Ada tiga strategi yang dilakukan musuh-musuh Islam dalam melancarkan Ghazwul Fikri:
Ibti'adul muslim andinihi, menjauhkan umat Islam dari agamanya.
Ikhrajul muslim andinihi, mengeluarkan umat Islam dari agamanya.
Tamziqul ummatul Islamiyah,
Setelah umat Islam jauh dari agamanya, barulah mereka mengadakan peperangan massa secara terbuka terhadap umat Islam.

Apakah kepentingan mempelajari GF ???
Ghozwul fikri merupakan lanjutan dari perang ketenteraan, politik, ekonomi yang terus-menerus dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Musuh yang kita hadapi dalam perang pemikiran kurang jelas kelihatan. Padahal ghozwul fikri berlaku pada setiap saat, maka oleh sebab itu kita perlu memahaminya.

Pertama, mengetahui musuh-musuh Islam dan strategi budaya yang dilancarkan. Hakikatnya musuh Islam di bagikan kepada dua, yang pertama syaitan yang bebentuk jin dan yang kedua syaitan yang berbentuk manusia. Syaitan dari jenis manusia adalah mereka yang kafir, musyrik, munafik dan sebagainya.
Firman Allah SWT: “Dan demikianlah kami jadikan tiap-tiap nabi itu musuh iaitu, syaithan dari jenis manusia dan jin, sebahagian dari mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Kalau Rabb-mu menghendaki niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah (jauhilah) apa yang mereka ada-adakan.” (QS.6:112).
Firman Allah SWT : “… Sesungguhnya orang-orang kafir adalah musuh yang nyata bagimu”. (QS.4:101).
Jika seseorang mukmin kuat dalam memegang prinsip keimanannya dan sentiasa bertawakal kepada Allah, maka kekuatan syaitan tidak dapat menggodanya. Sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuatannya atas orang-orang yang beriman dan yang bertawakal kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah” (QS.16: 99-100).

Kedua, aspek yang perlu di ketahui dalam mempelajari Islam. Perancangan mereka adalah untuk menghancurkan umat Islam. Menjadi satu keperluan umat Islam untuk mempelajari secara terperinci segala jenis strategi musuh Islam dalam menghancurkan Islam.
Umar R.A pernah berkata, “ Siapa saja tidak mengenali hakikat Islam jika mereka tidak mengenali hakikat jahiliah”.
Firman Allah SWT : “…. dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan secara zalim maka mereka membela diri” (QS.42:39).
Ketiga, merupakan suatu kewajiban yang harus dikaji dalam aktiviti dakwah Islam, kerana pelaksanaan aktiviti dakwah Islam mesti diasas dengan keilmuan yang cukup untuk menyelamatkan umat dari kehancuran dan tipu daya musuh-musuh Islam.
“Hai orang-orang yang beriman, bersiap siagalah kamu (dari serangan musuh-musuhmu), dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok-kelompok atau majulah bersama-sama.” (QS.4:71)

Monday 19 April 2010

Rentak duniawi

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah...misi selama 4 hari di Kota Kursk selesai juga akhirnya...setelah sekian berbulan-bulan lamanya berkorban masa,tenaga dan harta membuat persiapan...akhirnya perjuangan di medan sebenar "Kursk Game 2010" berjaya diharungi dengan jayanya...syukur alhamdulillah...tahniah kepada kontinjen VSMU...tahniah kepada semua atlit...tahniah dan syabas kepada semua pemenang...kepada yang tidak berjaya,la tahzan...masih ada ruang masa untuk kita bekerja lebih keras di masa akan datang..."Moscow Games 2011" insyaAllah ^_^v


"Celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksaan yang sangat berat,iaitu orang yang lebih sukakan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat dan menghalang manusia dari jalan Allah dan menginginkan jalan yang bengkok.Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh." ( 14:2-3)




Firman Allah dalam surah Ibrahim ini cukup memberi tamparan hebat buat diri ini...dan hakikatnya inilah realiti sebenar yang berlaku kepada umat kita pada masa kini...lihat saja apa yang berlaku semasa berlangsungnya temasya sukan di Kursk baru-baru ini sudah cukup memberitahu kita bahawa umat ini perlu diberi perhatian...umat ini perlu diselamatkan...umat ini perlu dipandu semula kepada ajaran Ad-Deen yang sebenar...


A: Bro,malam ni tak mau join kitorang g clubbing ke?

B: Eh takpela bro...aku tak join benda2 camni....sori bro....

A: Ala bro...bukan selalu dapat jumpa....jomla malam ni....lepak2...borak2....minum2....

B: Kau minum??? Biar betol???

A: Rilex la...seteguk dua je....takde benda la bro....

B: Sorila aku memang tak join benda2 camni....


Tersentak juga bila seorang brother menceritakan perkara tersebut kepada saya dan beberapa orang rakan lain.Yang mengajaknya tu bukan non-muslim...tapi orang islam...ada batas...halal dan haram....yang paling sedih...orang tu adalah rakan satu sekolahnya dulu di maktab....astaghfirullah....begitu mudah sekali diperdaya dengan tipu daya syaitan....


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Tuhan Yang Maha Pelindung...lindungilah diri ini dan saudara-saudaraku yang lain dari tipu daya dan permainan syaitan yang direjam....jauhilah kami dari maksiat dan perkara yang Engkau murkai...ampunilah dosa-dosa kami Ya Rabb...selamatkanlah kami dunia dan akhirat...Ameen"


Suntikan syaitan cukup mudah....bagi yang lemah cukup mudah mengalah....sepertimana yang diceritakan di dalam surah An-Nas,syaitan itu membisikkan kejahatan ke dalam diri manusia dan jin...tidak kira dari setiap arah...tidak kira di mana dan bila masanya...hanya bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sahajalah yang terselamat daripadanya.

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan saudaraku muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian untuk berfikir sejenak....setiap perbuatan kita di dunia ini sudah tentu sama sekali diperhatikan oleh Yang Maha Melihat...walau macam mana sekalipon kita cuba untuk menyembunyikannya...namun Allah itu Maha Mengetahui....pengetahuanNya meliputi segala-galanya....baik atau jahat sesuatu yang kita buat itu...pasti akan diketahuiNya....besar atau kecil sesuatu perbuatan itu pasti ada balasannya....

Bila seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah,dan dia cukup berbangga dengan perbuatannya itu.maka itulah seburuk-buruk perbuatan di sisi Allah dan pasti Allah melaknatnya.Dalam firman Allah....

"Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak (benar) ? Jika Dia menghendaki nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu) " (14:19)


ini dapat menyedarkan kita bahawa kuasa Allah itu Maha Tinggi...jika Dia mahukan seseorang itu atau suatu kaum itu dibinasakan maka dengan sekelip mata sahaja ia akan musnah...namun kenapa Allah masih lagi beri peluang kepada orang-orang yang suka melanggar dan memperkecilkan perintahNya???? peluang untuk terus merasa nikmatNya...peluang untuk terus hidup....peluang untuk melihat alam ini...tak cukup lagi ke dengan semua peluang dan harapan yang diberikan olehNya kepada kita????tapi kenapa masih lagi mahu menolak ajaranNya????kenapa masih lagi tak reti nak bersyukur atau berterima kasih dengan sifat pemurah dan kasih sayangNya????

Apakah kita semua mahu dibinasakan seperti mana yang berlaku kepada kaum Ad',kaum Samud dan kaum Lut....?musnah begitu sahaja...tiada apa lagi yang tinggal....percayalah bahawa azab Allah itu benar...sekiranya ia berlaku maka tidak ada lagi ruang untuk kembali semula kepadaNya....so,what to do???? tepuk dada tanyalah iman....secebis bekalan iman yang ada itu gunakanlah dengan sebaik-baiknya...ambil lah pengajaran dari apa yang telah berlaku....kembalilah kepada Allah kerana Dia sangat ternanti-nantikan kepulangan hambaNya yang tersesat ke jalanNya yang diredhai....renung-renungkanlah bersama...

Semoga peringatan ini dapat memberi sedikit sebanyak impak kepada diri saya sendiri dan kepada brothers sisters yang dirahmati Allah semua....wallahua'alam.


p/s: gambar2 di atas sekadar hiasan semata-mata...tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup tau yang telah meninggal dunia.

Friday 9 April 2010

celikkan hatimu

setiap yang datang pasti akan pergi
pergi...dan tidak akan kembali
menemui Pencipta yang kekal abadi
kerana ia adalah janji yang pasti


Ya Rabb pimpinlah hati-hati ini
agar tidak leka dari jalanMu yang suci
tidak terpesong dari kebenaran yang dicari
demi menggapai cintaMu yang hakiki


wahai saudaraku yang amat dikasihi
marilah sama-sama mengatur janji
terus berjuang demi satu misi
mengembalikan ISLAM ke martabat tertinggi

Thursday 8 April 2010

dasyatnya solat kita....

Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam- macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud
:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

MasyaAllah...Maha Suci Allah...lihatlah betapa hebat dan dasyatnya darjat yang Allah kurniaan kepada kita...manusia biasa yang lemah...yang hina...yang tak pernah lari dari dosa...yang selalu mengkufuri nikamatnya...jika nak dibandingkan dengan malaikat Jibril yang tidak pernah ingkar suruhan dan perintahNya.Lihatlah betapa Allah ciptakan manusia ini dengan bermacam-macam kelebihan...cuma kita sahaja yang tak sedar...Allah beri bermacam-macam nikmat...namun masih ramai lagi yang tak perasan...atau buat-buat tak perasan...

So sedarlah bahawa Allah jadikan kita ini dengan tujuan...bukan suka-suka...bukan main-main...nak taknak kita perlu laksanakan tugas tersebut...apakah tugas itu??tak lain dan tak bukan...untuk menjadi KHALIFAH...Allahua'lam.

Friday 26 March 2010

Tangisan


..Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Salam ukhwah buat sekalian saudara-saudaraku...mudah-mudahan sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan sentiasa diberkati-Nya,mudah-mudahan.insyaAllah.Alhamdulillah syukur yg teramat kepadaMu Ya Rabb kerana Engkau masih memberi diri ini peluang untuk bernafas dan merasa segala nikmat yg telah Engkau ciptakan di atas muka bumi ini.

Ini adalah tulisan khas buat saudaraku yg mula menyedari akan tanggungjawab sebenar kita sebagai hamba dan khalifah di atas bumi Allah yg permai ini.

Tangisan...tabahkanlah hatimu wahai sahabat...sesungguhnya setiap apa yg berlaku ke atas diri kita telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz dan percayalah bahawa pasti ada hikmah di sebaliknya.Dia tahu apa yg terbaik buat hamba-Nya.Ujian yg diberi-Nya itu adalah tarbiyah yg terbaik buat diri kita.Muhasabahlah dan bermujahadahlah, kerana mujahadah itu adalah jambatan taqwa supaya kita lebih dekat kepada-Nya.

Wahai saudaraku....janganlah mudah merasa lemah dengan dugaan yg datang...kerana jalan ini tidak semudah yg disangka...ini bukanlah jalan yg ditaburi bunga...oleh itu kuatkanlah dirimu...cekalkanlah hatimu...teguhkanlah azammu...dan ingatlah bahawa Dia sentiasa menolong hamba-Nya yg ingin berjihad di jalanNya.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami" (al-ankabut:69)

Wahai saudaraku....ingatlah bahawa Allah jadikan kita umat Islam sebagai bersaudara.Setiap saudara bertanggungjawab ke atas saudaranya yg lain.

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita ini boleh diibaratkan seperti keretapi...di mana kita adalah arang batu yang dijadikan sebagai bahan api supaya ummah ini dapat terus bergerak dengan lancar.Itulah hakikatnya saudaraku...namun usahlah gusar dan ragu kerana inilah jalan para nabi dan rasul...inilah jalan Muhammad SAW...inilah jalan yang dapat dijadikan sebagai modal terbaik untuk kita claim daripada Allah di akhirat kelak...agar kita diberi rahmat dan keampunan dari-Nya...untuk kita menggapai Jannah yang kekal abadi.InsyaAllah.

Wahai saudaraku....hentikanlah tangisan...bebaskanlah diri dari kepompong jahiliyyah....bangkitlah segera....ayuh perjuangkan kalimah Allah bersama-sama!

Tuesday 23 February 2010

Give thanks to Allah (da'i nada)

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
praise Him all day for what is and what was
Take hold of your imaan
dont give in to syaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghafur Allahu Rahim Allahu yuhibbul Mohsinin,
huwa Khalikhuna huwa Razikhuna wa huwa ala kulli shaiin qadir
Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
praise Him all day for what is and what was
take hold of your imaan
dont give in to syaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allah is Ghafur Allah is Rahim Allah is the one who loves the Muhsinin,
He is a Creater, He is a Sustainer and He is the one who has power over all.
**penyanyi asal : Michael Jackson

Sunday 21 February 2010

kembara iman

Assalamuaalaikum wbt...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...segala pujian hanya layak bagi-Nya...Penguasa ke atas segala sesuatu,yang memiliki kerajaan langit dan bumi...tiada apa yang lebih berhak disembah melainkan Dia, Dia lah yang menghidupkan dan mematikan...

Syukur alhamdulillah...diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk menulis...setelah hampir 2 minggu mengembara ke negara orang...alhamdulillah banyak benda yang dapat dipelajari...dijadikan pengajaran dan tauladan...kepada diri ini dan juga kepada yang lain insyaAllah.Dari bumi Volgograd ke bandar Istanbul...dan kemudian singgah sebentar di Rom...seterusnya ke Budapest dan berakhir di Paris-Besancon sebelum pulang semula ke Moscow-Volgo...setiap perjalanan yang ditempuhi ada sesuatu yang boleh difikirkan...perlu difikirkan. Bukanlah semata-mata untuk bersuka ria bercuti di negara orang...tangkap gambar pemandangan yang menarik...gelak ketawa melihat gelagat orang di sekililing...tapi mengapa tidak, luangkan sedikit masa untuk memikirkan kebesaran ciptaan Allah ini ??? mudah-mudahan dapat memperbaiki sikit sebanyak iman di dada yang saban hari main luntur dan kotor...

Di kota Istanbul, kesan peninggalan Islam di zaman Uthmaniyah yang pernah menumbangkan kuasa terbesar Rom cukup mengkagumkan.Ibarat taman di dalam syurga, keunikan senibina dan pemandangannya cukup membuatkan diri ini tertanya tanya bagaimana hebatnya Islam pada zaman tu.Masya-Allah. Segalanya dari Dia.Pencipta manusia dan seluruh alam. Yang mengajar manusia ilmu untuk mencipta apa yang dapat kita lihat sekarang. Masjid biru...hagia sophia...kejatuhan Rom di tangan Mehmed Al-Fatih...itulah tanda kekuasaan-Nya.

Rom...kota bersejarah yang terkenal...di sanalah terbinanya empayar yang suatu masa dulu sangat digeruni...tapi akhirnya jatuh di tangan Islam. Apa yang tinggal hanyalah saki baki kota peninggalan dan juga collasium yang menjadi kebanggaan bangsa Italy sehingga kini. Dan firman Allah:

"Berpergianlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang dahulu.Kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)."
(Ar-Rum:42)

Budapest...
"sejuknya tempat ni...macam Volgo je...baik aku duduk Volgo je kalo macam ni," celoteh salah sorang dari kami. Itulah kenyataan....cuaca seakan-akan Volgograd,dengan ketebalan salji yang boleh membuatkan kami melabelkannya sama seperti yang ada di bandar Volgo...namun itulah cabaran. Bumi ini luas. Allah cipta dengan pelbagai cuaca dan musim. Ada yang 4 musim. Ada yang berkhatulistiwa. Ada yang panas sepanjang tahun. Dan tak mustahil jika cuaca di Budapest seakan-akan seperti bandar-bandar di Russia. Allah itu Maha Berkehendak. Redhalah bahawa semua yang ada ini hanyalah pinjaman dari Dia semata-mata. Kita hanyalah hamba-Nya yang menumpang di atas segala yang dimiliki-Nya.

"Allah berkehendak membersihkan(mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."
(Al-Maidah:6)

Paris...kota metropolitan antara termahal di dunia (banyak abes duit kat sini).Secara jujur tak ada apa yang menarik...hanya eiffel tower saja yang mengkagumkan. Namun hati ini terfikir... mengapa manusia membinanya...adakah untuk dijadikan kebanggaan semata-mata...adakah untuk menunjukkan bahawa manusia mampu membina bangunan yang besar dan tinggi...ingin menandingi ciptaan-ciptaan Allah yang tersedia ada...memang malanglah bagi golongan yang cuba untuk mencabar kuasa Allah...itulah apa yang berlaku kalau tak mahu buka mata dan lihat dengan teliti alam sekeliling. Hayatilah seni kata dari sebuah lagu yang penuh makna ini....

Open Your Eyes (Maher Zain)

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..الحمد الله
Alhamdulillah..


Jaulah ke Besancon adalah saat yang ditunggu-tunggu...bertemu dengan ikhwah-ikhwah dari Moscow,Nizhny,German dan France...ternyata ukhwah fillah yang dibina suatu ketika dahulu masih lagi menampakkan keutuhannya.Alhamdulillah. Ya akhi...semoga usaha dan perjuangan kita semua diberkati Allah...mudah-mudahan sentiasa thabat di jalan ini. Ternyata apa yang diharap-harapkan muncul dan dapat dirasai.Allhamdulillah.
Berpeganglah kepada ajaran Quran dan Sunnah...dan teruskanlah memberi peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Agama Allah pasti akan bangkit semula...dan kemenangan pasti berpihak kepada agama-Nya. Adakah kita mahu menjadi sebahagian dari tentera-tenera yang menegakkan kembali agama-Nya?atau hanya mahu sekadar menjadi pemerhati......fikrkanlah.

Wednesday 20 January 2010

Brothers & Sisters in Faith


For all my brothers and sisters in faith
For all those who, from the plate of Truth, taste
For all who, for their salvation they run
For all who surrender to Allah the One
For all who lift up their hands in dua
For all who lower their limbs in salat
For all who suffer hunger in fast
For all who love to purify their hearts
For all who open their arms to the poor
For all who greet with warm smiles and more
For all who humble themselves with fear
For all who beg for forgiveness in tears
For all who testify to His presence, sure
For all who glorify our Maker All-Pure
For all Allah's servants, this small prayer have I
Lord!Cloak us with mercy, esteem in Your Eyes
And O source of Comfort! pour peace from above
And swell us with good works and actions You love
And O Most Merciful, fulfil our dream
And grant us rest in Your Garden - Amin

Friday 15 January 2010

satu malam

Malam makin suram
Hati masih tidak tenang
Adakah disebabkan exam...
Em tidak
Terkenang nasib saudara seislam
Yg bernasib baik
Dan juga yg bernasib malang
Namun masih ramai yang leka
Silap siapakah...
Ya Rahman berikanlah hidayah
Dan taufiqMu
Agar dipermudahkan jalan ini
Agar tercapai misi ini
Melihat saudaraku pantas berlari
Teguh bersatu kembali
Membawa panji-panji
Kalimah suciMu
Ya Rahim kuatkanlah aku
Teguhkanlah aku di jalanMu

Pesanan buat kaum Hawa

Ingatkah dikau di mana di dalam sejarah
sepasang mata menjadi hadiah?
"kenapa kau mengikutiku?"
"aku tertarik dengan kecantikan matamu "
Jawapan yang cukup angkuh
Namun mengundang seribu sesalan
Bila bungkusan merah di tangan
Muslimat...Contohilah wanita itu
Bukanlah dengan mencungkil matamu
Tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai muslimat...Aku sering bertanya ,
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka
Menghadiahkan senyuman
Meramahkan bicara
Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani
Menguji jiwa lelaki
Yang sememangnya dicipta Allah
Dahaga kan keindahan wanita
walaupun sekadar muka yang manis
Benar wanita itu telah menemui ajalnya
Namun diiringi kerdhaan Ilahi
Dan diinsafi seorang lelaki
Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat...
begitulah perjuanganmu
Tundukkanlah pandanganmu
Keraskan suaramuseriuskan perwatakanmu
tampilkan ketegasanmu
Bila engkau di depan , di belakng , di kiri atau di kananlelaki
Ketuk keegoan mereka
Bangunkan mereka dari mimpi
Jelaskan dengan amalmu
Bahwa percampuran bebas bukan caranya
Bahawa keseronokan ini palsu
Bahawa di sini tiada kebahagiaan
Hanya kehancuran muslimat
Inilah jalanmu lalu engkau mungkin melihat
di kalangan remaja ini
akan lahir
Rijaluddin berjiwa pejuang
sebagaimana lahirnya
sebagaimana bangkitnya
da'ie bernama Hassan al-Basri
Bila sepasang mata menjadi hadiah...
renungkan dengan mata hati
kerana pandangan mata selalu menipu
kerana pandangan akal selalu tersalah
kerana pandangan nafsu selalu melulu
yg pasti ..pandangan hati adalah hakiki...