Wednesday 16 June 2010

Seteguh mana cinta itu

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah,walaupun banyak dugaan time exam ni dapat juga luang sedikit waktu untuk meng'update' blog ni.


Segala pujian hanya bagi Allah,setiap kali pandang ke langit,terasa cukup kagum dengan kebesaranNya.Setiap apa yang turun dari langit,tak kiralah hujan biasa,hujan batu,salji,ribut,petir dan apa-apa saja telah tercatat fungsi dan kepentingan masing-masing yang tersendiri.Dan setiap yang turun dariNya merupakan rahmat agung yang tak mampu ditandingi oleh mana-mana makhluk pun terutama yang bergelar 'manusia'.

Ya Allah.Benarlah firman Allah itu di dalam Al-Quran bahawa setiap kejadian di langit dan di bumi itu ada tanda-tanda kebesaranNya.Hanya tinggal kita ini yang mahu berfikir atau pon tak nak.Maka malanglah bagi mereka yang ada hati tapi tak mahu berfikir,ada mata tapi tak mahu melihat akan setiap inci bukti kebesaran ciptaanNya yang maha hebat ini.


Pernahkah terlintas di fikiran kita,bahawa kehidupan kita sebagai hambaNya di atas dunia yang fana ini tidak lengkap tanpa belas kasih dan cintaNya kepada kita?Kerana apa...setiap apa yang kita peroleh,setiap apa yang kita raih..semuanya adalah atas kasih sayang yang dilimpahkanNya kepada kita...usah mengharapkan apa-apa andai kita tidak mahu berusaha menjejak dan menggapai cintaNya yang sejati...jadi kesimpulannya,cintalah Dia,maka Dia akan cintakan kita,dan insyaAllah tercapailah apa yang kita minta...

Kasih dan cinta Allah itu tiada penghujung,tiada tandingan dan tiada ragu-ragu.Insan yang sentiasa mengharapkan kasih dan cinta Allah adalah insan yang sangat beruntung.Sanggup melakukan apa sahaja perkara yang disukai Allah.Dan menjauhi perkara yang tak disukaiNya.
Ibarat seorang boyfren yang sanggup meredah lautan api semata-mata untuk membuktikan cintanya terhadap girlfrennya,begitulah juga bagaimana seorang hamba bertaqwa sanggup mengetepikan segalanya demi untuk Penciptanya.


Sepertimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam Al-Quran,di mana Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih putera kandungnya sendiri.Namun di atas rasa cintanya terhadap Allah yang begitu mendalam Nabi Ibrahim tetap menjalankan perintah itu dengan hati yang terbuka.Sehinggakan baginda digelar sebagai khalilullah(kekasih Allah).

Bagaimana dengan kita?sejauh mana cinta kita kepada Dia?atau adakah kita masih lagi tak mengenaliNya?kata orang tak kenal maka tak cinta.Kerana apa....jangan ingat hidup di atas dunia ini semata-mata untuk hidup senang,untuk berjaya dalam pelajaran,berjaya lulus exam dengan gilang-gemilang,menceburi bidang kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan...dan dengan harta yang banyak boleh digunakan untuk melancong ke mana saja negara yang diingini..sampai lupa tanggungjawab asal yang ditetapkan Allah kepada kita.

"Dengan duit yang banyak ni aku nak buat amal kebajikan...buat masjid...sedekah rumah anak yatim...hantar mak bapak aku pergi haji...buat sekolah-sekolah agama..."

Memang benar...namun adakah kita benar-benar yakin bahawa amalan kebajikan itu akan diterima oleh Allah atau tak akan dipandang langsung?Syukur alhamdulillah kalau diterima...tapi kalau sebaliknya?sia-sia saja lah.... Syurga Allah itu bukan lah bernilai sejuta,2 juta,4 juta,15 juta atau berbilion....yang mana boleh dibeli dengan amalan...pahala yang kita pungut sepangjang hayat kita sebagai hambaNya...masuknya seseorang itu ke dalam syurgaNya adalah atas keredhaanNya... jadi bagaimana nak meraih redha dan keberkatan dariNya?

Semuanya bergantung kepada suka atau tak suka Allah pada kita...
Setiap amal..perbuatan yang nak dilakukan pastikan bertanya dulu kepada diri sendiri..."Allah suka ke tak dengan apa aku nak buat ni..." tanpa mengharap balasan dariNya.Jadi...ringan-ringankanlah diri untuk membaca dan menghayati surat-surat cinta dariNya,iaitu Al-Quran yang penuh hikmah...dan kembalilah mengamalkan amalan yang dilakukan oleh kekasihnya Muhammad bin Abdullah melalui sunnahnya.Kerana..tanda kita cintakan Allah adalah apabila kita cintakan Rasulullah...tanda kita cintakan Rasulullah apabila kita mengamalkan segala sunnahnya.


Ya Allah,sesungguhnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai perkara seperti ini,kerana masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki,namun serba sedikit ilmu yang ada,berbekalkan hadis Rasulullah yang berbunyi "sampaikanlah ayatku walaupun sepotong ayat", maka saya susun kekuatan pada jari ini untuk menulis apa yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua.Mudah-mudahan InsyaAllah.



Wallahu'alam.


p/s: bitawfeeq wannajah kepada semua sahabat ikhwah akhwat yang sedang ber'exam' dan bakal menghadapi exam..niatkan study dan exam ini keranaNya..lillahi ta'ala.

1 comment:

  1. masyaAllah...entry yg best akhi...
    Mari sama2 cari cinta-Nya,cinta kekasih-Nya juga redha-Nya
    bitaufiq utk next last 2 exams ya akhi ;)

    ReplyDelete