Friday 17 June 2011

Perjuangan Belum Berakhir

Assalamualaikum warahmatullah....
ya sangat lama blog ni tak diupdate....sibuk sangat ke..saya pon tak tahu nak kata apa...apa-apa pon syukur alhamdulillah dengan ihsan dari Allah yang Maha Berkuasa...diri ini masih lagi dapat menulis,membaca...masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada...syukur ya Allah... malu sungguh rasanya... yelakan terlalu banyak nikmat yang Allah bagi pada kita...tapi sejauh mana agaknya kita bersyukur...Allah tak mintak pon kita bagi duit ke harta sebidang tanah ke kereta mewah BMW ke apa kan...Allah just nak kita ikut perintah Dia je...jadi hamba dan khalifah yang taat...bunyi cam senang je kan...tapi tengok senang tak senang...try baca paper or tengok berita kat tv tu...macam2 kekejaman dan kemaksiatan yang berlaku...sapa yang buat kalau bukan manusia yang bergelar hamba Allah. Kalau yang bukan islam tu dia tak faham takpala...kalau yang nama orang islam...tapi buat benda yang lagi jahat dari orang bukan islam macam mana? itulah kebenaran yang memang tak boleh nak disorok lagi kan... dunia makin lama makin tua... tanda-tanda kiamat pon makin lama makin jelas kelihatan...tapi manusia?makin lama makin lupa daratan. Syukur alhamdulillah tak semua manusia jahat...ramai jugak yang masih patuh dan taat setia pada suruhan Allah dan RasulNya. Pembela dan penyelamat agama dari terus hanyut dibawa arus kemaksiatan dunia. Mereka yang benar-benar faham akan erti sebenar seorang khalifah,penyambung risalah Rasulullah saw.Tapi orang di sekeliling tak semua yang faham..tak semua yang suka...malah diherdik dan dicaci...seperti mana pernah berlaku di zaman awal ketika islam mula bertapak di tanah suci Makkah.Itulah lumrah,sebagai seorang manusia yang membawa panji islam,pasti akan ada cabaran dan dugaan,kerana sahabat dahulunya pon ramai yang ditimpa musibah malah lebih dasyat lagi dari apa yang berlaku pada masa ini.

BERSABARLAH WAHAI PEJUANG AGAMA ALLAH
Perjuangan ini takkan berakhir selagi ISLAM belum tertegak sepenuhnya di atas muka bumi ciptaan ALLAH ini
INNALLAHA MA'AS SOBIRIN


p/s : jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi datang ke walimah kami haritu...jazakumullahu khairan katseera ^_^v

Tuesday 21 December 2010

Jangan Lupa Pada Yang Satu

Bismillahirrahmanirrahim


Bangun...!!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh ya ustazah..!

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahummaftah a'laina hikmataka wansyur a'laina minn hozaa inirohmatika yaa arrhamarrahiminn...Robbishrohli sodri wa yarsirli amri wahlulu'datammillisani yafqohu qowli..

Ya Allah lama sudah masa itu berlalu...zaman kanak-kanak yang amat indah sekali...tamat saja sekolah di waktu pagi...disambung pula dengan kelas fardhu a'in di sebelah petangnya.

Lengkap berbaju melayu putih,bersamping maroon dan songkok di kepala...saat dan ketika itu cukup manis bila dikenang kembali walaupun sedikit penat dan mengantuk dengan jadual harian yang agak pack..ditambah pula waktu itu (petang) adalah waktu yang amat lazim bagi kebanyakan manusia untuk tidur.

Masa berlalu pergi dan tak akan kembali,namun ilmu yang dipelajari janganlah dibiarkan lenyap sama sekali.Itulah yang manusia sering alpa,walau hanya dengan kalimah ''bismillah..." yang diajar,ia sudah cukup membawa sejuta rahmat kepada kita.Kalau dahulunya...setiap kali sebelum kelas bermula...tidak kira di sekolah atau di mana sahaja,kita pasti akan bangun,ucap salam kepada guru dan membaca doa penerang hati bersama.Namun masihkah amalan itu dilakukan sehingga kini? Sebelum ingin memulakan sesi study di bilik tu,rajin-rajinlah mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah,minta diterangkan hati,dilapangkan dada,agar mudah difahami ilmu yang dipelajari.

"Aku study macam nak mati...stay up hari-hari pon...result masih teruk jugak..tak faham jugak apa yang dibaca.." Sering kali kita merungut...itu dan ini...sehingga menyalahkan orang lain...menyalahkan guru kononya tak pandai mengajar...dan sebagainya.Tapi tidak pernahkah kita terfikir mungkin ada sesuatu yang silap pada diri kita sendiri...apa kata duduk sebentar...beriman sejenak...berfikir dan muhasabah diri...mana yang kurang manis ditambah gulanya...mana yang kurang masin ditambahkan garamnya.

Begitu juga keadaannya di dalam jalan dakwah ini...tugas seorang da'i bukanlah mudah...bukan senang untuk menyampaikan dan bukan mudah untuk membuat orang lain tersentuh dengan apa yang disampaikan.Tidak semestinya anda seorang bekas pelajar lulusan Maahad Ahmadi atau yang sewaktu dengannya boleh mentarbiyah seseorang dengan mudah tanpa sebarang masalah.Tidak semestinya anda seorang graduan lulusan Universiti Al-Azhar dengan mudah boleh membuat orang lain terkesan dengan seruan dakwah anda.Jangan disalahkan objek dakwah kita sebelum kita check semula diri kita sendiri.Mungkin ada silapnya di mana-mana.Mungkin belum cukup kukuh hubungan kita dengan Allah.Mungkin diri kita sendiri masih banyak perlu diperbaiki.

Kerana dakwah dan tarbiyah perlu bergerak seiring.Tarbiyahlah diri tanpa ada hadnya.Tanpa tarbiyah bagaimana dakwah itu hendak bergerak dengan baik.Tanpa tarbiyah takkan terbinalah individu-individu untuk mentarbiyah orang lain.Namun apa yang lebih aula (utama) , kembalilah pada Allah dan ajaran RasulNya. Ingatlah kebergantungan kita hanya pada yang Maha Esa. Tidak kira dalam dakwah,belajar atau apa sahaja,Allah perlu diutamakan.Jika ada sesuatu musibah yang datang melanda, kembalilah kepadaNya..kerana Dialah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan meminta.

Allahua'alam



Selamat beramal dan Selamat bermujahadah

Monday 13 December 2010

Erti hidup pada diriku

Berkah amal soleh tumbuh subur dalam ladang hatiku.
Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.
Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya
dan kuberikan sarinya pada mereka yang kehausan.
Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tak bisa lagi menuruti hati nuraniku,
maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!
Aku seorang penyair, apabila aku tak bisa memberi, akupun tak mau menerima apa-apa.
~ Khalil Gibran

Friday 5 November 2010

kaca tak sama dengan intan permata

...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah...tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.Setiap hari kalimah ini yang diulang dan diulang lagi...tanda keimanan dan kepatuhan kita kepada Ilahi.Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam.Masih diberi peluang untuk mengabdikan diri kepadaNya.Masih lagi diberi ruang untuk menjalani kehidupan seharian dibawah lembayung ISLAM yang diredhaiNya.Pejam celik pejam celik,hari berganti hari,masa terus berlalu meninggalkan kita.Dan manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Melainkan mereka yang Allah berikan kepadanya keimanan...dan saling berpesan ke arah kebaikan ...dan berpesan supaya menjauhi keburukan.



Kasih sayang Allah cukup luas.Diberi pelbagai nikmat dan ganjaran kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Tetapi tidak semua yang sedar akan hakikat ini.Ada yang berkata bahawa Allah itu sangat kejam,tidak adil dan sebagainya.Hanya kerana mereka ditimpakan pelbagai ujian dan dugaan yang tak disangka-sangka.Namun sedarkah mereka...bahawa setiap insan yang bernyawa adalah hamba,hak milik mutlak Allah.Namun usah buruk sangka...kerana setiap apa yang Allah turunkan ke atas hambaNya yang beriman merupakan tanda kecintaanNya kepada kita.Ujian itu adalah tarbiyah.Didikan yang amat hebat dari Allah.Kerana setiap yang datang dari Allah cukup hebat dan tiada tandingannya.Manusia tidak mampu untuk berjalan sendiri dengan baik tanpa tarbiyah.



Dan setiap manusia beriman pastinya inginkan ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Ganjaran maha agung yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang beriman dan bertaqwa.Namun,berapakah nilai yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurgaNya?Adakah memadai sekadar menyempurnakan rukun iman dan islam?Adakah memadai dengan menuruti setiap amalan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?Adakah cukup hanya dengan mentaati Allah dan RasulNya serta meninggalkan segala perkara yang dilarangNya?



Ingatkah kita akan kisah Nabi Allah Yunus yang ditelan oleh ikan nun,ditemani kegelapan dalam masa 40hari 40 malam dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cubaan dari Tuhannya?Walaupun baginda adalah manusia mulia yang diutus oleh Allah ke atas muka bumi ini,namun itu bukanlah alasan untuk Allah tidak mendatangkan kepayahan ke atas diri baginda.

Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan)...


Namun Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...tidak dibiarkan begitu sahaja hambaNya memikul beban yang cukup berat itu...dan Allah berfirman lagi ...


...sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)


Maka itulah harga sebuah syurga Allah...tidak ternilai...

firman Allah dalam surah at-Taubah...


Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk meraka...


Mahukan syurga tapi tak sanggup korbankan jiwa harta dan apa sahaja untuk Allah dan agamaNya.Duduk sebentar...dan berfikirlah sejenak.


Allahu a'alam



Tuesday 14 September 2010

Kala Syawal Bertasbih

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...kalimah suci yang acap kali diungkapkan tatkala seseorang itu mendapat suatu rahmat berupa kejayaan,kebahagian,kesenangan,kelapangan dan pelbagai lagi tanda terima kasih kepada Ilahi.

"Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar wa lillahilhamd"

Kalimah puji-pujian yang pasti kedengaran pabila 1 Syawal menjelma.Tanda syukur di atas kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.Tibanya Syawal,perginya Ramadhan.

Ada yang gembira,dan ada pula yang berduka.


Teringat zaman kecik-kecik dulu...raya sangat dinantikan

Ramadhan Kareem...bulan yang penuh dengan hikmah dan rahmah.Selain menjalankan ibadah puasa selama sebulan,ramai umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memperkasakan rohani dengan pelbagai ibadah tambahan.Tadarus Al-Quran,solat fardhu berjemaah,solat sunat tarawih,qiamullail,berzikir dan bersedekah.Masjid-masjid dipenuhi dengan para jemaah,tak kira kecil besar tua muda.Suasana biasa yang dapat dilihat di bulan Ramadhan.Tatkala pulang bercuti di Malaysia Ogos lalu,saya berkesempatan mendirikan solat fardhu Isyak serta solat tarawih di masjid negeri Shah Alam.Subhanallah.Ramainya umat Islam yang mendatangi masjid ketika malam itu.Sehingga terpaksa diupah beberapa orang охрана(pakguard) untuk mengawal lalu lintas di dalam kawasan parking kereta masjid tersebut.Di dalam hati,terdetik kata-kata,alangkah indahnya jika semua masjid yang di Malaysia ini meriah seperti ini,tak kira masa,pagi petang siang atau malam,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah,Zulhijjah atau bila-bila saja.

Inilah fenomenanya.Bila tamat saja Ramadhan,masjid kembali semula lengang.Bukan tiada jemaah...ada...tapi berapa kerat saja.Seperti pepatah melayu,"habes madu sepah dibuang".

Ramadhan itu umpama taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga yang cantik,di mana terkandung di dalamnya madu-madu yang lazat.Di kala semua madu habis dihisap,dikaut maka sepahnya di buang.Di buang begitu saja.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 7:

“Dan kenanglah ni’mat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu, serta ingatlah perjanjiannNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah Allah dan RasulNya).” Dan betaqwa lah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati).”

Adakah Ramadhan itu satu-satunya bulan untuk kita mengaut semua nikmat Allah?

Adakah Ramadhan itu satu-satunya ladang ibadah untuk kita meningkatkan amalan siang dan malam?

Adakah di dalam Ramadhan saja kita nak stop amalan tak berfaedah seperti merokok,menjaga tutur kata,menjaga pandangan dan sebagainya?

Ketahuilah bahawa segala amal ibadah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan itu hanyalah kerana Allah.BUKAN kerana ia adalah bulan mulia untuk umat Islam.Di mana semua muslim wajib berpuasa sebulan,tidak ada pada bulan-bulan lain.BUKAN kerana adanya lailatul Qadr,malam yang lebih mulia dari seribu bulan.Cukup sedih,bagi mereka yang tidak faham erti sebenar Ramadhan.Sebab itulah tatkala berlalu saja Ramadhan,semua kembali seperti sebelumnya.Amalan-amalan yang didirikan semasa di bulan Ramadhan entah hilang ke mana.Masjid entah tak tahu apa fungsinya.Apa yang pasti bila tiba hari Jumaat,barulah kelihatan fungsinya.

Namun...masih ramai mukminin mukminat yang tahu,faham dan sedar bahawa hidup dan mati mereka lillahi ta'ala.Tibanya Syawal...ibadah puasa diteruskan dengan amalan puasa sunat enam.Cara Allah mentarbiyah hambaNya untuk terus bertaqwa kepadaNya.Hadis nabi menyatakan pabila seseorang itu berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal umpama dia berpuasa sepanjang tahun.

Mari bersama-sama mengambil ibrah di bulan Ramadhan yang telah pergi,teruskanlah amalan fardhu dan sunat,kerana ia bukan semata-mata untuk Ramadhan.Kerana Ramadhan itu tidak kekal,datang dan pergi setiap tahun.Hanya Allah yang kekal dan kepada Dia saja yang berhak disembah.Betulkanlah niat,bahawa setiap amal kebajikan itu 150% keranaNya.

Oh dah 10 Syawal rupanya.Masih ada open house di sana sini.Jangan lupa...isi jasmani,isi juga rohani.Selamat beramal.


Tuesday 31 August 2010

Ayuh PECUT !!!!

Alhamdulillah..sampai sudah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan al-Kareem.

Seharusnya malam-malam terakhir ini diisi dengan ibadah-ibadah yang lebih berat dan lebih bersungguh lagi.Sebagaimana Usain Bolt,raja pecut dunia memecut dengan ligatnya hingga ke garisan penamat,maka kita juga sepatutnya begitu...membuat pecutan terakhir dalam setiap amalan sebelum Ramadhan tiba ke penghujungnya.

Rebutlah 10 malam terakhir ini...kerana adanya Lailatul Qadar,iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Subhanallah.Pohonlah keampunan daripadaNya dengan sepenuh-penuh harapan yang tinggi berteraskan iman yang hakiki.

Aisyah r.a. bertanyakan Rasulullah s.a.w: “Apa yg harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?” Baginda menjawab: Katakan-: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni’ (Ya Allah! Allah yang maha Pengampun, ampunilah aku).” HR Tirmizi

Jangan mensia-siakannya.Kerana adakah Ramadhan yang bakal pergi ini akan kita temui lagi di tahun yang mendatang?Sentiasalah menadah tangan dan berdoa moga-moga kita disampaikan ke Ramadhan yang akan datang.InsyaAllah.Dan pohonlah pada Allah agar diterima Ramadhan kita,diterima qiam,zikir dan segala amal kita dan moga dibebaskan kita dari api neraka.

Allahua'lam.

"Selamat Memburu.Selamat Beramal"



Sunday 15 August 2010

semua itu dari Allah

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wrt...
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...segala pujian itu selayaknya hanyalah kepada Allah.
Bersyukurlah kerana masih diberi nikmat iman dan islam...bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas,melihat dan merasa setiap kejadiannya yang Maha Agung.Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi ruang untuk merasai nikmatnya Ramadhan,bulan yg hanya muncul setahun sekali,bulan yg penuh barakah,di mana Allah menjanjikan ganjaran yg cukup hebat bagi hamba-hambaNya yg beriman.

Sedar tak sedar cuti musim panas dah hampir ke penghujungnya.Sejauh mana kita memanfaatkannya?Adakah kita isi waktu lapang ini dengan hal2 yg berfaedah?Atau sekadar duduk lepak depan tv 24jam,bangun makan tido saja?Atau meringankan kaki berjalan menziarah saudara mara,cikgu2,sahabat2 yg dah lama tak berjumpa?tepuk dada tanyalah iman.

Jika difikirkan tak semua orang bernasib baik.Tak semua orang berpeluang untuk join aktiviti2/program2 yg bermanfaat.Mungkin disebabkan masalah transport,masalah masa,jarak dan sebagainya.Jadi bagi kita yg Allah beri peluang utk join semua aktiviti yg best2 tu bersyukurlah...kerana kita adalah orang2 yg terpilih.Bersimpatilah kepada sahabat2 kita yg kurang bernasib baik.Kita merancang,Allah juga merancang.Namun perancangan Allah adalah yg terbaik.

Syukur yg teramat kepada Allah,kerana Dia telah mempermudahkan segalanya.Walaupun cuti lebih kurang 3 minggu saja,tapi alhamdulillah semua urusan yg penting dapat diselesaikan.Biiznillah.

Ramadhan kembali lagi...dan apakah target kita utk Ramadhan kali ini?Adakah hanya sekadar mahu melengkapkan puasa 30hari saja?Atau nak cukupkan solat sunat tarawih tanpa miss satu malam pun?Atau nak khatam Al-Quran 30juzuk?Dan adakah puasa kita ini benar2 lillahi taala atau kerana ia adalah bulan Ramadhan yg mana bila tiba saja bulan ini,semua umat islam mesti puasa,menahan lapar dan dahaga.Tepuk dada tanyalah iman.Dan sejauh manakah kita menghargai bulan yang penuh barakah ini...semua itu terpulang kepada diri sendiri.Ingatlah semuanya dari Allah...bersyukur dan teruskanlah bersyukur.Sama2 check and topup iman kita yg selalu turun naik..jadilah hambaNya yg bertaqwa.Jadilah hamba yg taat dan patuh pada perintahNya dan tinggalkanlah laranganNya.Di bulan Ramadhan,semua pintu syurga dibuka dan pintu2 neraka ditutup.Maka berbahagialah bagi orang2 beriman yg bijak mengambil peluang untuk meningkatkan amal ibadahnya semata-mata lillahhi taala.Bukan sekadar menambah amal,ilmu di dada juga jangan dibiarkan begitu saja.Carilah mana-mana sumber ilmiah..melalui buku-buku...internet dll supaya sedikit sebanyak terisi juga tsaqofah kita.Basahilah jiwa kita dengan menghadiri majlis2 taklim,usrah dsb agar nikmat iman itu dapat dirasai.insyaAllah.
Tapi...adakah amalan2 ini hanya berjalan di bulan Ramadhan saja?Bulan-bulan lain tak perlu ke?fikirkanlah.Jika kita inginkan kasih sayang dan redha Allah...maka konsisten dan istiqamahlah.Ikhlaskan hati,insyaAllah balasanNya lumayan di akhirat kelak.Maka sekali lagi tepuk dada tanyalah iman.Allah sentiasa bersama kita.
Allahua'lam.Wassalam wrt.

Tuesday 22 June 2010

Nota Untuk Da'ie

"Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang kita da'wahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang
kita perkatakan.
Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita
dalam usaha kita mengingati manusia!!!!"

Selamat Beramal

Wednesday 16 June 2010

Seteguh mana cinta itu

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah,walaupun banyak dugaan time exam ni dapat juga luang sedikit waktu untuk meng'update' blog ni.


Segala pujian hanya bagi Allah,setiap kali pandang ke langit,terasa cukup kagum dengan kebesaranNya.Setiap apa yang turun dari langit,tak kiralah hujan biasa,hujan batu,salji,ribut,petir dan apa-apa saja telah tercatat fungsi dan kepentingan masing-masing yang tersendiri.Dan setiap yang turun dariNya merupakan rahmat agung yang tak mampu ditandingi oleh mana-mana makhluk pun terutama yang bergelar 'manusia'.

Ya Allah.Benarlah firman Allah itu di dalam Al-Quran bahawa setiap kejadian di langit dan di bumi itu ada tanda-tanda kebesaranNya.Hanya tinggal kita ini yang mahu berfikir atau pon tak nak.Maka malanglah bagi mereka yang ada hati tapi tak mahu berfikir,ada mata tapi tak mahu melihat akan setiap inci bukti kebesaran ciptaanNya yang maha hebat ini.


Pernahkah terlintas di fikiran kita,bahawa kehidupan kita sebagai hambaNya di atas dunia yang fana ini tidak lengkap tanpa belas kasih dan cintaNya kepada kita?Kerana apa...setiap apa yang kita peroleh,setiap apa yang kita raih..semuanya adalah atas kasih sayang yang dilimpahkanNya kepada kita...usah mengharapkan apa-apa andai kita tidak mahu berusaha menjejak dan menggapai cintaNya yang sejati...jadi kesimpulannya,cintalah Dia,maka Dia akan cintakan kita,dan insyaAllah tercapailah apa yang kita minta...

Kasih dan cinta Allah itu tiada penghujung,tiada tandingan dan tiada ragu-ragu.Insan yang sentiasa mengharapkan kasih dan cinta Allah adalah insan yang sangat beruntung.Sanggup melakukan apa sahaja perkara yang disukai Allah.Dan menjauhi perkara yang tak disukaiNya.
Ibarat seorang boyfren yang sanggup meredah lautan api semata-mata untuk membuktikan cintanya terhadap girlfrennya,begitulah juga bagaimana seorang hamba bertaqwa sanggup mengetepikan segalanya demi untuk Penciptanya.


Sepertimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam Al-Quran,di mana Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih putera kandungnya sendiri.Namun di atas rasa cintanya terhadap Allah yang begitu mendalam Nabi Ibrahim tetap menjalankan perintah itu dengan hati yang terbuka.Sehinggakan baginda digelar sebagai khalilullah(kekasih Allah).

Bagaimana dengan kita?sejauh mana cinta kita kepada Dia?atau adakah kita masih lagi tak mengenaliNya?kata orang tak kenal maka tak cinta.Kerana apa....jangan ingat hidup di atas dunia ini semata-mata untuk hidup senang,untuk berjaya dalam pelajaran,berjaya lulus exam dengan gilang-gemilang,menceburi bidang kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan...dan dengan harta yang banyak boleh digunakan untuk melancong ke mana saja negara yang diingini..sampai lupa tanggungjawab asal yang ditetapkan Allah kepada kita.

"Dengan duit yang banyak ni aku nak buat amal kebajikan...buat masjid...sedekah rumah anak yatim...hantar mak bapak aku pergi haji...buat sekolah-sekolah agama..."

Memang benar...namun adakah kita benar-benar yakin bahawa amalan kebajikan itu akan diterima oleh Allah atau tak akan dipandang langsung?Syukur alhamdulillah kalau diterima...tapi kalau sebaliknya?sia-sia saja lah.... Syurga Allah itu bukan lah bernilai sejuta,2 juta,4 juta,15 juta atau berbilion....yang mana boleh dibeli dengan amalan...pahala yang kita pungut sepangjang hayat kita sebagai hambaNya...masuknya seseorang itu ke dalam syurgaNya adalah atas keredhaanNya... jadi bagaimana nak meraih redha dan keberkatan dariNya?

Semuanya bergantung kepada suka atau tak suka Allah pada kita...
Setiap amal..perbuatan yang nak dilakukan pastikan bertanya dulu kepada diri sendiri..."Allah suka ke tak dengan apa aku nak buat ni..." tanpa mengharap balasan dariNya.Jadi...ringan-ringankanlah diri untuk membaca dan menghayati surat-surat cinta dariNya,iaitu Al-Quran yang penuh hikmah...dan kembalilah mengamalkan amalan yang dilakukan oleh kekasihnya Muhammad bin Abdullah melalui sunnahnya.Kerana..tanda kita cintakan Allah adalah apabila kita cintakan Rasulullah...tanda kita cintakan Rasulullah apabila kita mengamalkan segala sunnahnya.


Ya Allah,sesungguhnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai perkara seperti ini,kerana masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki,namun serba sedikit ilmu yang ada,berbekalkan hadis Rasulullah yang berbunyi "sampaikanlah ayatku walaupun sepotong ayat", maka saya susun kekuatan pada jari ini untuk menulis apa yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua.Mudah-mudahan InsyaAllah.



Wallahu'alam.


p/s: bitawfeeq wannajah kepada semua sahabat ikhwah akhwat yang sedang ber'exam' dan bakal menghadapi exam..niatkan study dan exam ini keranaNya..lillahi ta'ala.

Saturday 5 June 2010

untukmu Palestina

..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Palestin...dari dulu hingga sekarang..terus ditindas,dipijak tanpa rasa belas kasihan oleh yahudi laknatullah.Bantuan disekat...barangan perubatan,wang,bahan makanan dirampas.Itulah yang berlaku beberapa hari yang lalu..bukan setakat bahan bantuan dirampas..kapal yang penuh sarat dengan segala macam bantuan turut diserang...tak cukup dengan itu para sukarelawan yang turut serta dalam program Life Line 4 Gaza turut di'attack' hingga menyebabkan ramai yang terkorban...ya Allah apa lagi yang mereka mahukan.Benarlah seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran,ternyata bangsa yahudi adalah bangsa yang paling kejam dan dilaknat oleh Allah selama-lamanya.

Bersabarlah wahai saudaraku...

Saudaraku sekalian,marilah sama-sama kita berdiri atas nama Allah yang Maha Perkasa.Bersama membela nasib saudara Palestina kita...sama-samalah berjihad di jalan Allah,tak kiralah melalui harta atau apa sahaja yang termampu kita lakukan.Berdoalah moga-moga Allah melindungi mereka,semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka,semoga Allah menghancurkan tentera musyrikin yahudi dan sekutu-sekutunya.


Namun..berdoa saja belum cukup untuk menewaskan mereka,belum cukup untuk menyelamatkan saudara kita,belum cukup untuk menyelamatkan maruah Islam yang telah lama dicaci dan dihina.Perlukan USAHA!!! Bangkitlah,bukalah minda,sedarlah dari tidur yang sudah cukup lama...kita memikul tanggungjawab,sebagai wakil Allah di atas muka bumiNya,sebagai wakil yang memakmurkan buminya.Kita adalah khalifah,kita adalah umat Muhammad,perlu meneruskan tugas baginda,perlu melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan olehNya kepada kita.Ayuh,gerak bersama,menyampaikan risalah Al-Quran dan as-sunnah,mengajak saudara-saudara kita yang masih leka kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya,meniup perasaan cinta dan kasih kepada Pencipta dan rasulNya serta agamaNya dengan cinta yang sedalam-dalamnya.

Di bawah payung ISLAM,kita bersatu,bergerak seiringan,sebagai satu ummah,umat yang berkualiti disisiNya,sepertimana para sahabat...sepertimana umat Islam yang ada ketika zaman pemerintahan khulafa'.Agar Islam berdiri dengan megah,tidak lagi dihina,dicaci,dikutuk dengan sesuka hati.

Bagaimana? Mulakan dari perkara yang paling asas...didiklah jiwa...didiklah hati...dengan tarbiyyah...melalui taman-taman syurga (usrah) yang penuh dengan bi'ah Islamiyyah.Tarbiyyahlah diri..kerana di situlah bermulanya perjuangan yang hakiki.

Ayuh,sedarlah...sedarkanlah sahabat-sahabat yang masih belum sedar...ingatlah,mereka adalah saudara kita...


"Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayuh! Bersatulah wahai umat ISLAM! Buanglah semangat nasionalisma yang melampau-lampau! Ingatlah kita perlu bersatu di bawah nama ISLAM! Bersatu atas dasar cintakan ISLAM,cintakan ALLAH dan rasulNya dan cintakan UMMAH!
Kerana mereka adalah saudara kita... siapa lagi yang sanggup membela nasib mereka kalau bukan kita...saudara seislam mereka.

Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan.Berusaha dan terus usaha.Palestin pasti akan kembali aman seperti dahulu kala,terlepas dari cengkaman yahudi dan sekutunya.ALLAHU AKBAR!!!