Friday 25 December 2009

Aku Ingin MencintaiMu

(Edcoustic)

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi


Thursday 17 December 2009

Hari yang dasyat !!!


"segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..."

Tiada apa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah yang Maha Perkasa...hari ini berlaku kejadian dasyat yang telah mengingatkanku akan hari yang lebih dasyat dari segalanya..hari pembalasan.

MasyaAllah...salju yang indah berubah menjadi musibah.Itulah kuasa Allah.Hanya dengan satu perintah semuanya berubah.Ribut salji dengan suhu mencecah -20 darjah celcius sudah cukup untuk mengkucar kacirkan kehidupan manusia.Di Malaysia...banjir sana sini...di Russia ini pula yang berlaku.Memang benarlah...selagi kita berpijak di atas bumi pinjaman Allah ini,segalanya boleh berlaku,tak kira di mana,waktu dan ketika.Selagi bergelar hamba Allah kita sememangnya layak untuk diuji.Tidak kira pangkat,harta,kedudukan,ilmu dan timbangan ibadat yang dilaksanakan,siapalah kita untuk mempersoalkan ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah yang Maha Esa.

Namun,ramai lagi yang masih leka...sering kali menolak dan mempersoalkan ajaran di dalam kitab-Nya.Sedangkan sudah jelas lagi nyata peringatan yang dibawa oleh utusan-Nya.Di manakah silapnya???sama-samalah fikirkan......wassalam.

1431 H

assalamualaikum...

Sedar tak sedar kita telah melangkah ke tahun baru Islam yang ke 1431H...begitu lama sekali peristiwa terbesar dalam kalendar Islam telah berlalu...yang telah membawa nama Islam sangat dihormati di timur dan barat dunia sewaktu ketika dahulu.Dua per tiga dunia ditakluki...tertegaknya kalimah Lailahaillah di seluruh pelusuk wilayah jajahan.
Pemerintahan Islam dijalankan dengan sepenuhnya...seluruh rakyat patuh dan tunduk pada pemerintah yang agung.Begitulah..masih mekar kenangan indah ketika Nabi dan para sahabat berjuang menegakkan agama.

Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan..atas dasar cintakan Islam.Walaupun pada hakikatnya mereka ibarat orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain..tetapi demi meneruskan perjuangan dan rasa cinta yang begitu utuh terhadap Islam,tiada apa yang dapat menjarakkan jurang antara mereka...harta benda,tempat tinggal diberi begitu saja...apakah sebenarnya yang mendorong mereka sehingga sampai ke tahap begini?Itulah iman...


Iman lah yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kebaikan.Memang benar iman itu tidak selalunya tinggi,adakala akan turun...tambahan lagi kita kini hidup jauh beribu batu dari zaman Nabi...sedangkan sahabat Nabi,Abu Bakar As-Siddiq turut merasai turun naiknya iman...inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah bersua muka dengan baginda Rasulullah.Kita bukanlah nabi...ataupun malaikat...itulah hakikatnya Allah menciptakan manusia itu tidak sempurna.Ada nafsu akal dan fikiran.Kembalilah pada fitrah...kembalilah pada Allah...insyaAllah terpelihara iman sepanjang masa.


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara" (49:10)


Pada hari ini...umat Islam bagai buih di lautan pasifik...banyaknya tidak terkira...tetapi amat mudah untuk dipecahkan...persaudaraan kukuh yang dibina dahulu hanya menjadi kenangan indah semata-mata...semangat bantu-membantu,tolong-menolong,ziarah-menziarah,ingat-memperingati kian pudar...walau masih ada yang mengamalkan namun hanya sebahagian...
masih ada yang tidak sedar hak mereka ke atas saudara seIslamnya yang lain...

Wahai saudara-saudaraku semua,bangkitlah bersama,tunaikanlah amanah yang telah diberi,bersatulah di bawah panji-panji Islam,agar agama yang mulia ini kembali bersinar di puncak dunia...

wassalam...

Wednesday 25 November 2009

Kurban Bairam Special !!!

Assalamualaikum...

alhamdulillah...
kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan bumi Allah
yg Maha Hebat ini...dan seperti mana yg telah disedia maklum bahawa HARI RAYA AIDILADHA bg tahun 1430 H jatuh pada hari Jumaat ini (27/11/09) insyaAllah...
bg seluruh kawasan Volgograd dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...
Dan sudah pasti suasana perayaan di perantauan tidak sama dengan suasana di tanah air...inilah pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk merasainya...oleh itu bersyukurlah dengan apa yang ada...
Bersempena dengan itu,pada hari Ahad (29/11/09) akan diadakan sambutan perayaan Aidiladha bertempat di hostel Hiroshima,bermula jam 9pagi.

Agenda:

9.00 Ketibaan pelajar

9.15 Takbir dan bacaan doa pembuka majlis / makan

9.30 Ucapan presiden umno,ppim dan wakil msa

9.45 Slide video

10.00 Forum

11.00 Puisi

11.10 Nasyid

11.30 Takbir dan solat zuhur

12.00 RAYA HAJI SPECIAL!!!

Semua pelajar muslim (Malaysia shj) dijemput hadir ke majlis ini dan semoga Allah memberkati kita semua insyaAllah...dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada mak abah,keluarga tercinta,sedara mara,guru-guru,pakguard,tukang kebun,makcik DM,sahabat handai,warga Volgograd yang best dan sesiapa shj yang mengenali diri ini.
Hayatilah erti pengorbanan yang sebenar,moga iman dan amal dapat diperbaiki setiap masa insyaAllah...wassalam.

p/s:maklumat lanjut hubungi saya ditalian 89275011795

Monday 23 November 2009

Jom jaulah!

Assalamualaikum brothers sisters....
nak pesan la sesiapa lagi yang belom beli tiket untuk berjaulah ke france(Januari 2010)ni insyaAllah... cepat-cepat la beli tiket ye...nanti tiket habes menyesal pulak... kepada sesiapa yang tak dapat menghadirkan diri ke jaulah france ni di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...jangan bersedih hati...sebab banyak lagi program menarik yang menanti anda semua di masa akan datang insyaAllah ;)
Semoga usaha kita semua diberkati Allah...insyaAllah...wassalam.



Saturday 7 November 2009

Kenduri 'makan'

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari. Muslim)

Begitulah besarnya rahmat bagi orang yang suka menyertai majlis-majlis ilmu...
sama-sama renungkan...wassalam.

Tuesday 3 November 2009

Yes Cuti!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...aku masih di sini...syukur setinggi-tingginya kepada Allah kerana memberiku 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

Hari ini macam biasa...tapi ada sedikit kelainan...half day...sebab esok cuti (mengikut kalendar Russia..4 Nov adalah National Unity Day).Syukur alhamdulillah...walaupun dapat cuti sehari...at least ada la jugak cutikan...orang kata volgo ni satu-satunya uni kat dunia yang paling sikit cuti (yeke...tak sure pulak).

Apa-apa pun itu bukan persoalannya...persoalannya di sini...bagaimana kita mengisi kekosongan waktu yang ada semasa cuti...setiap orang ada plan tersendiri...ada yang nak pegi shopping...
ada yang nak pegi melawat ke rumah sahabat-sahabat...ada yang nak lepak bilik je marathon movie sampai lebam biji mata...ada yang pegi jalan2 makan angin bersama kurator (junior2).Tetapi walau apa pun plan kita...janganlah lupa pada tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa.Ingatlah bahawa kita ini hanyalah hamba yang menggalas tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.Dunia adalah pinjaman semata-mata.Walau apa pun yang dilakukan ingatlah kepadaNya kerana Dialah tuhan sekalian alam,yang menurunkan rezeki,yang menjadikan bumi sebagai hamparan untuk kita memburu segala cita-cita dan impian.

Ingatlah hidup ini hanya sementara...sejauh mana kita pergi kita pasti akan kembali padaNya.
Renung-renungkan bersama...wassalam.

Monday 2 November 2009

Sedarlah wahai anak

(dipetik dari buku karya Ust Hasrizal Abdul Jamil)

“DanTuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang atau keduanya telah mencapai usia lanjutdalam pemeliharaaanmu,maka janganlah sesekali engkau katakankepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucaplah perkataan yang baik kepada keduanya.” (17:23)

Assalamualaikum…

Telah terang lagi nyata firman Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.Akan tetapi Allah tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu bapa..ini kerana kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asanya.Tak mungkin seorang anak yang dibuang,dipinggir dan didera oleh ibu bapa mampu untuk memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.

Sebaliknya Allah meletakkan kewajipan anak untuk berlaku ihsan dan berbuat baik kepada ibu bapa.Namun,melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah satu beban.Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang,adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.

Seburuk mana pun ibu bapa kita,janganlah sesekali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum berupaya menyimpan ingatan.Kita menumpang duduk 9 bulan di dalam perut seorang wanita.Alam yang digelar alam Rahim,alam kasih sayang dan belas kasihan.Jika tiada perasaan kasih dan sayang dalam naluri seorang ibu,sudah tentu dibuang saja isi perut itu di tong sampah,di tanda,di longkang atau di mana saja.Disebabkan oleh belas kasihan itulah kita lahir ke dunia.

Satu hari Umar al-Khattab r.a dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua,lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab,”Yang kudukung ini adalah bapaku.Dia sudah tua nyanyuk dan mahu bermain bersamaku.”

Umar al-Khattab r.a teruja dengan kejadian itu lalu berkata,”Wahai sahabat,lihatlah perempuan ini.Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.”
Perempuan itu membalas,”Tidak ya Amir al-Mukminin.Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku.Semasa die menjagaku ketika aku kecil,dia mendoakan panjang umurku.Tetapi semasa aku menjaganya ketika die tua,aku sering tertanya bilakah orang tua ini akan mati…”

Renungkanlah…adakah kita mahu tergolong dalam golongan seperti ini?Sama-sama kita fikirkan…

Terima kasih cikgu!

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur ke hadaratNya kerana diri ini masih diberi ruang dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan harian yang penuh dengan cabaran.

Teringat sewaktu di zaman persekolahan dulu…banyak kenangan pahit manis yang memang tak dapat dilupakan.SASER,tempat di mana aku mengutip bermacam jenis ilmu dan kemahiran…dan di situ jugalah aku mula memasang niat untuk menjadi seorang doctor.
Bila disebut saja SASER ramai yang akan terpinga-pinga (dulu la..sekarang tak kot)...

Sekolah apa tu?Dekat mana?”

Sekolah sains…dekat Jalan Sikamat,Seremban…”

Begitulah seterusnya…tidak siapa pon tahu apa itu SASER.Apa pon yang orang kata kami putera SASER tetap menanam niat dan cita-cita untuk meletakkan nama SASER di mata masyarakat.Dengan berbekalkan semangat cikgu-cikgu (terutama Cikgu Halim) kami bersama-sama bergerak dalam satu pasukan untuk memartabatkan nama SASER.Dan kini…sebut saja SASER…sape tak kenal memang bukan orang Malaysia la jawabnya (koya betol hehe).

Cikgu…itulah semangat utama kami.Pagi petang siang malam..kalau boleh subuh pon tak pernah patah semangat untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.Jutaan terima kasih yang tak terhinggaku ucapkan kepada seluruh warga SASER…jasamu tetapku kenang.

Tapi bagaimana pula dengan kita?Apa tanggungjawab kita selepas melangkah keluar dari alam persekolahan?Itulah yangku fikirkan…apakah dengan kejayaan cemerlang (tak cemerlang sangat pon) dalam SPM sudah cukup untuk aku membalas jasa guru-guru?Adakah dengan kejayaan melanjutkan pelajaran ke overseas sudah cukup membuatkan mereka semua tersenyum gembira?Tepuk dada tanyalah selera...

sedikit paparan untuk tontonan bersama...santai...

Sunday 1 November 2009

Ada apa dengan Manchester United?

"aku confirm malam ni mesti MU belasah Chelsea 5-0"


"hah dalam mimpi boleh la bro..."

Assalamualaikum.Itulah realiti sekarang,bola sepak,memang tidak boleh dipisahkan dengan manusia.Sebut saja pasal bola sepak,tentu ramai yang menunjukkan minat.Tidak kira tua atau muda,melayu,india,dll atau cina.Dan setiap orang yang minat pada sukan ini selalunya ( bukan semua) ada pasukan yang diminati...contohnya seperti MU,Chelsea,Arsenal,Liverpool,Real Madrid,Barcelona,AC Milan...hmmm apa lagi...Rubin Kazan..dan banyak lagi.Dan peminat2 ini ada yang extreme..dan juga yang biasa2 saja.Tapi apa2 pon apabila bercakap
saja tentang bola sepak,pasti nama2 kelab terkenal itu akan menjadi bahan bualan.Dan sudah pasti nama2 pemain seperti Ronaldo,Messi,Rooney dan Arshavin dijadikan topik perbincangan.

Kuasa bola sepak memang dasyat...lebih dasyat dari aura mawi world suatu ketika dahulu.
Kalau ada match yang disiarkan secara langsung di kaca TV, tidak kira waktu, sanggup menunggu walau apa keadaan sekalipun.Esok ada test pun tidak dihiraukan,asalkan hajat untuk
melihat pasukan kegemaran beraksi tercapai.Ada yang menonton di rumah sendiri...ada yang menonton di rumah rakan2...dan ada yang lebih selesa menonton di warung2 mamak (sebab tu kedai mamak laku).Kalau difikirkan menonton bola sepak tidak salah...tidak dihalang oleh agama.Tapi apa yang berlaku sekarang sikap segelintir peminat2 ini yang suka melakukan benda2 yang pelik2...contohnya...bila pasukan mereka menang atau menjaringkan gol,ada yang bersorak kegembiraan(itu boleh terima lagi),ada yang menjerit terpekik terlolong macam tarzan,ada pula yang menari2 seakan meniru gaya sin-chan(pernah tengok sekali) dan ada pula yang melompat lompat tak ingat dunia.Bagi mereka itulah kepuasan...tetapi adakah mereka berfikir tentang batasan dlm agama?Sama samalah kita fikirkan.


Dan bagi mereka yang kalah..itu lebih membimbangkan.Ada yang frust menonggeng sampai tak mahu ke kelas atau ke tempat kerja pada esok harinya.Ada yang menghempas,membaling harta benda awam semata mata untuk melepaskan tension.Dan paling menyedihkan timbul pergaduhan antara pihak yang menang dengan pihak yang kalah.Begitu bijak musuh Islam menyusun strategi.Dengan bola sepak saja mereka mampu mencetuskan hura hara dalam persaudaraan sesama kita.Dengan bola sepak saja mereka mampu menjauhkan hati2 kita dari Islam.

Ada apa dengan Manchester United (MU)?Sering kali menjadi tanda tanya dalam fikiran saya.Mengapa begitu ramai sekali yang meminatinya.Bukan MU saja...termasuklah pasukan gergasi yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.Tetapi persoalannya,apakah kuasa yang membuatkan orang ramai begitu tergila-gilakan mereka.Sampai sanggup lakukan perkara2 yang diluar jangkaan akal fikiran manusia.MasyaAllah.Adakah sebab pakaian(jersey) mereka yang menarik?Adakah sebab logo mereka yang smart?Adakah sebab pemain2 mereka yang handal (macam saya;P)? Hingga kini persoalan ini masih tiada jawapan.Sama2lah fikirkan.

Itulah permainan duniawi.Bagi yang lemah akan tenggelam..yang kuat akan bertahan.Tetapi sampai bila yang kuat mampu bertahan seorang diri tanpa melakukan apa2 pada yang tenggelam.Hidup bermasyarakat..bukan seorang diri.Kasih dan sayang yang mengindahkan kehidupan.Dan kasih yang hakiki dan suci itulah kasih dari yang Maha Esa.