Tuesday 3 November 2009

Yes Cuti!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...aku masih di sini...syukur setinggi-tingginya kepada Allah kerana memberiku 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam.

Hari ini macam biasa...tapi ada sedikit kelainan...half day...sebab esok cuti (mengikut kalendar Russia..4 Nov adalah National Unity Day).Syukur alhamdulillah...walaupun dapat cuti sehari...at least ada la jugak cutikan...orang kata volgo ni satu-satunya uni kat dunia yang paling sikit cuti (yeke...tak sure pulak).

Apa-apa pun itu bukan persoalannya...persoalannya di sini...bagaimana kita mengisi kekosongan waktu yang ada semasa cuti...setiap orang ada plan tersendiri...ada yang nak pegi shopping...
ada yang nak pegi melawat ke rumah sahabat-sahabat...ada yang nak lepak bilik je marathon movie sampai lebam biji mata...ada yang pegi jalan2 makan angin bersama kurator (junior2).Tetapi walau apa pun plan kita...janganlah lupa pada tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa.Ingatlah bahawa kita ini hanyalah hamba yang menggalas tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.Dunia adalah pinjaman semata-mata.Walau apa pun yang dilakukan ingatlah kepadaNya kerana Dialah tuhan sekalian alam,yang menurunkan rezeki,yang menjadikan bumi sebagai hamparan untuk kita memburu segala cita-cita dan impian.

Ingatlah hidup ini hanya sementara...sejauh mana kita pergi kita pasti akan kembali padaNya.
Renung-renungkan bersama...wassalam.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam... (^_^)
    seronok yer dapat cuti...so..pe plan awk cuti ni...?

    ReplyDelete