Monday 2 November 2009

Sedarlah wahai anak

(dipetik dari buku karya Ust Hasrizal Abdul Jamil)

“DanTuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang atau keduanya telah mencapai usia lanjutdalam pemeliharaaanmu,maka janganlah sesekali engkau katakankepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya,dan ucaplah perkataan yang baik kepada keduanya.” (17:23)

Assalamualaikum…

Telah terang lagi nyata firman Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.Akan tetapi Allah tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu bapa..ini kerana kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asanya.Tak mungkin seorang anak yang dibuang,dipinggir dan didera oleh ibu bapa mampu untuk memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.

Sebaliknya Allah meletakkan kewajipan anak untuk berlaku ihsan dan berbuat baik kepada ibu bapa.Namun,melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah satu beban.Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang,adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.

Seburuk mana pun ibu bapa kita,janganlah sesekali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum berupaya menyimpan ingatan.Kita menumpang duduk 9 bulan di dalam perut seorang wanita.Alam yang digelar alam Rahim,alam kasih sayang dan belas kasihan.Jika tiada perasaan kasih dan sayang dalam naluri seorang ibu,sudah tentu dibuang saja isi perut itu di tong sampah,di tanda,di longkang atau di mana saja.Disebabkan oleh belas kasihan itulah kita lahir ke dunia.

Satu hari Umar al-Khattab r.a dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua,lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab,”Yang kudukung ini adalah bapaku.Dia sudah tua nyanyuk dan mahu bermain bersamaku.”

Umar al-Khattab r.a teruja dengan kejadian itu lalu berkata,”Wahai sahabat,lihatlah perempuan ini.Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.”
Perempuan itu membalas,”Tidak ya Amir al-Mukminin.Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku.Semasa die menjagaku ketika aku kecil,dia mendoakan panjang umurku.Tetapi semasa aku menjaganya ketika die tua,aku sering tertanya bilakah orang tua ini akan mati…”

Renungkanlah…adakah kita mahu tergolong dalam golongan seperti ini?Sama-sama kita fikirkan…

No comments:

Post a Comment