Monday 2 November 2009

Terima kasih cikgu!

Assalamualaikum..alhamdulillah syukur ke hadaratNya kerana diri ini masih diberi ruang dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan harian yang penuh dengan cabaran.

Teringat sewaktu di zaman persekolahan dulu…banyak kenangan pahit manis yang memang tak dapat dilupakan.SASER,tempat di mana aku mengutip bermacam jenis ilmu dan kemahiran…dan di situ jugalah aku mula memasang niat untuk menjadi seorang doctor.
Bila disebut saja SASER ramai yang akan terpinga-pinga (dulu la..sekarang tak kot)...

Sekolah apa tu?Dekat mana?”

Sekolah sains…dekat Jalan Sikamat,Seremban…”

Begitulah seterusnya…tidak siapa pon tahu apa itu SASER.Apa pon yang orang kata kami putera SASER tetap menanam niat dan cita-cita untuk meletakkan nama SASER di mata masyarakat.Dengan berbekalkan semangat cikgu-cikgu (terutama Cikgu Halim) kami bersama-sama bergerak dalam satu pasukan untuk memartabatkan nama SASER.Dan kini…sebut saja SASER…sape tak kenal memang bukan orang Malaysia la jawabnya (koya betol hehe).

Cikgu…itulah semangat utama kami.Pagi petang siang malam..kalau boleh subuh pon tak pernah patah semangat untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.Jutaan terima kasih yang tak terhinggaku ucapkan kepada seluruh warga SASER…jasamu tetapku kenang.

Tapi bagaimana pula dengan kita?Apa tanggungjawab kita selepas melangkah keluar dari alam persekolahan?Itulah yangku fikirkan…apakah dengan kejayaan cemerlang (tak cemerlang sangat pon) dalam SPM sudah cukup untuk aku membalas jasa guru-guru?Adakah dengan kejayaan melanjutkan pelajaran ke overseas sudah cukup membuatkan mereka semua tersenyum gembira?Tepuk dada tanyalah selera...

sedikit paparan untuk tontonan bersama...santai...

No comments:

Post a Comment