Tuesday 31 August 2010

Ayuh PECUT !!!!

Alhamdulillah..sampai sudah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan al-Kareem.

Seharusnya malam-malam terakhir ini diisi dengan ibadah-ibadah yang lebih berat dan lebih bersungguh lagi.Sebagaimana Usain Bolt,raja pecut dunia memecut dengan ligatnya hingga ke garisan penamat,maka kita juga sepatutnya begitu...membuat pecutan terakhir dalam setiap amalan sebelum Ramadhan tiba ke penghujungnya.

Rebutlah 10 malam terakhir ini...kerana adanya Lailatul Qadar,iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Subhanallah.Pohonlah keampunan daripadaNya dengan sepenuh-penuh harapan yang tinggi berteraskan iman yang hakiki.

Aisyah r.a. bertanyakan Rasulullah s.a.w: “Apa yg harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?” Baginda menjawab: Katakan-: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni’ (Ya Allah! Allah yang maha Pengampun, ampunilah aku).” HR Tirmizi

Jangan mensia-siakannya.Kerana adakah Ramadhan yang bakal pergi ini akan kita temui lagi di tahun yang mendatang?Sentiasalah menadah tangan dan berdoa moga-moga kita disampaikan ke Ramadhan yang akan datang.InsyaAllah.Dan pohonlah pada Allah agar diterima Ramadhan kita,diterima qiam,zikir dan segala amal kita dan moga dibebaskan kita dari api neraka.

Allahua'lam.

"Selamat Memburu.Selamat Beramal"



1 comment: