MISI KITA
Friday, 17 June 2011
Perjuangan Belum Berakhir
Tuesday, 21 December 2010
Jangan Lupa Pada Yang Satu
Monday, 13 December 2010
Erti hidup pada diriku
Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.
Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya
dan kuberikan sarinya pada mereka yang kehausan.
Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di jendela.
Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.
Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.
Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tak bisa lagi menuruti hati nuraniku,
maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!
Aku seorang penyair, apabila aku tak bisa memberi, akupun tak mau menerima apa-apa.
~ Khalil Gibran
Friday, 5 November 2010
kaca tak sama dengan intan permata
Tuesday, 14 September 2010
Kala Syawal Bertasbih
Kalimah puji-pujian yang pasti kedengaran pabila 1 Syawal menjelma.Tanda syukur di atas kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.Tibanya Syawal,perginya Ramadhan.
Ada yang gembira,dan ada pula yang berduka.
Tuesday, 31 August 2010
Ayuh PECUT !!!!
Alhamdulillah..sampai sudah di 10 malam terakhir bulan Ramadhan al-Kareem.
Seharusnya malam-malam terakhir ini diisi dengan ibadah-ibadah yang lebih berat dan lebih bersungguh lagi.Sebagaimana Usain Bolt,raja pecut dunia memecut dengan ligatnya hingga ke garisan penamat,maka kita juga sepatutnya begitu...membuat pecutan terakhir dalam setiap amalan sebelum Ramadhan tiba ke penghujungnya.
Rebutlah 10 malam terakhir ini...kerana adanya Lailatul Qadar,iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Subhanallah.Pohonlah keampunan daripadaNya dengan sepenuh-penuh harapan yang tinggi berteraskan iman yang hakiki.
Aisyah r.a. bertanyakan Rasulullah s.a.w: “Apa yg harus saya sebut di malam Lailatul Qadr?” Baginda menjawab: Katakan-: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun kareem tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni’ (Ya Allah! Allah yang maha Pengampun, ampunilah aku).” HR Tirmizi
Jangan mensia-siakannya.Kerana adakah Ramadhan yang bakal pergi ini akan kita temui lagi di tahun yang mendatang?Sentiasalah menadah tangan dan berdoa moga-moga kita disampaikan ke Ramadhan yang akan datang.InsyaAllah.Dan pohonlah pada Allah agar diterima Ramadhan kita,diterima qiam,zikir dan segala amal kita dan moga dibebaskan kita dari api neraka.
Allahua'lam.
"Selamat Memburu.Selamat Beramal"
Sunday, 15 August 2010
semua itu dari Allah
Tuesday, 22 June 2010
Nota Untuk Da'ie
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang
kita perkatakan.
Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita
dalam usaha kita mengingati manusia!!!!"
Selamat Beramal
Wednesday, 16 June 2010
Seteguh mana cinta itu
Syukur alhamdulillah,walaupun banyak dugaan time exam ni dapat juga luang sedikit waktu untuk meng'update' blog ni.
Segala pujian hanya bagi Allah,setiap kali pandang ke langit,terasa cukup kagum dengan kebesaranNya.Setiap apa yang turun dari langit,tak kiralah hujan biasa,hujan batu,salji,ribut,petir dan apa-apa saja telah tercatat fungsi dan kepentingan masing-masing yang tersendiri.Dan setiap yang turun dariNya merupakan rahmat agung yang tak mampu ditandingi oleh mana-mana makhluk pun terutama yang bergelar 'manusia'.
Ya Allah.Benarlah firman Allah itu di dalam Al-Quran bahawa setiap kejadian di langit dan di bumi itu ada tanda-tanda kebesaranNya.Hanya tinggal kita ini yang mahu berfikir atau pon tak nak.Maka malanglah bagi mereka yang ada hati tapi tak mahu berfikir,ada mata tapi tak mahu melihat akan setiap inci bukti kebesaran ciptaanNya yang maha hebat ini.

Pernahkah terlintas di fikiran kita,bahawa kehidupan kita sebagai hambaNya di atas dunia yang fana ini tidak lengkap tanpa belas kasih dan cintaNya kepada kita?Kerana apa...setiap apa yang kita peroleh,setiap apa yang kita raih..semuanya adalah atas kasih sayang yang dilimpahkanNya kepada kita...usah mengharapkan apa-apa andai kita tidak mahu berusaha menjejak dan menggapai cintaNya yang sejati...jadi kesimpulannya,cintalah Dia,maka Dia akan cintakan kita,dan insyaAllah tercapailah apa yang kita minta...
Kasih dan cinta Allah itu tiada penghujung,tiada tandingan dan tiada ragu-ragu.Insan yang sentiasa mengharapkan kasih dan cinta Allah adalah insan yang sangat beruntung.Sanggup melakukan apa sahaja perkara yang disukai Allah.Dan menjauhi perkara yang tak disukaiNya. Ibarat seorang boyfren yang sanggup meredah lautan api semata-mata untuk membuktikan cintanya terhadap girlfrennya,begitulah juga bagaimana seorang hamba bertaqwa sanggup mengetepikan segalanya demi untuk Penciptanya.

Sepertimana kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di dalam Al-Quran,di mana Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih putera kandungnya sendiri.Namun di atas rasa cintanya terhadap Allah yang begitu mendalam Nabi Ibrahim tetap menjalankan perintah itu dengan hati yang terbuka.Sehinggakan baginda digelar sebagai khalilullah(kekasih Allah).
Bagaimana dengan kita?sejauh mana cinta kita kepada Dia?atau adakah kita masih lagi tak mengenaliNya?kata orang tak kenal maka tak cinta.Kerana apa....jangan ingat hidup di atas dunia ini semata-mata untuk hidup senang,untuk berjaya dalam pelajaran,berjaya lulus exam dengan gilang-gemilang,menceburi bidang kerjaya yang hebat dengan gaji yang lumayan...dan dengan harta yang banyak boleh digunakan untuk melancong ke mana saja negara yang diingini..sampai lupa tanggungjawab asal yang ditetapkan Allah kepada kita.
"Dengan duit yang banyak ni aku nak buat amal kebajikan...buat masjid...sedekah rumah anak yatim...hantar mak bapak aku pergi haji...buat sekolah-sekolah agama..."
Memang benar...namun adakah kita benar-benar yakin bahawa amalan kebajikan itu akan diterima oleh Allah atau tak akan dipandang langsung?Syukur alhamdulillah kalau diterima...tapi kalau sebaliknya?sia-sia saja lah.... Syurga Allah itu bukan lah bernilai sejuta,2 juta,4 juta,15 juta atau berbilion....yang mana boleh dibeli dengan amalan...pahala yang kita pungut sepangjang hayat kita sebagai hambaNya...masuknya seseorang itu ke dalam syurgaNya adalah atas keredhaanNya... jadi bagaimana nak meraih redha dan keberkatan dariNya?
Semuanya bergantung kepada suka atau tak suka Allah pada kita... Setiap amal..perbuatan yang nak dilakukan pastikan bertanya dulu kepada diri sendiri..."Allah suka ke tak dengan apa aku nak buat ni..." tanpa mengharap balasan dariNya.Jadi...ringan-ringankanlah diri untuk membaca dan menghayati surat-surat cinta dariNya,iaitu Al-Quran yang penuh hikmah...dan kembalilah mengamalkan amalan yang dilakukan oleh kekasihnya Muhammad bin Abdullah melalui sunnahnya.Kerana..tanda kita cintakan Allah adalah apabila kita cintakan Rasulullah...tanda kita cintakan Rasulullah apabila kita mengamalkan segala sunnahnya.

Ya Allah,sesungguhnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai perkara seperti ini,kerana masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki,namun serba sedikit ilmu yang ada,berbekalkan hadis Rasulullah yang berbunyi "sampaikanlah ayatku walaupun sepotong ayat", maka saya susun kekuatan pada jari ini untuk menulis apa yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua.Mudah-mudahan InsyaAllah.
Wallahu'alam.
p/s: bitawfeeq wannajah kepada semua sahabat ikhwah akhwat yang sedang ber'exam' dan bakal menghadapi exam..niatkan study dan exam ini keranaNya..lillahi ta'ala.
Saturday, 5 June 2010
untukmu Palestina


Namun..berdoa saja belum cukup untuk menewaskan mereka,belum cukup untuk menyelamatkan saudara kita,belum cukup untuk menyelamatkan maruah Islam yang telah lama dicaci dan dihina.Perlukan USAHA!!! Bangkitlah,bukalah minda,sedarlah dari tidur yang sudah cukup lama...kita memikul tanggungjawab,sebagai wakil Allah di atas muka bumiNya,sebagai wakil yang memakmurkan buminya.Kita adalah khalifah,kita adalah umat Muhammad,perlu meneruskan tugas baginda,perlu melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan olehNya kepada kita.Ayuh,gerak bersama,menyampaikan risalah Al-Quran dan as-sunnah,mengajak saudara-saudara kita yang masih leka kembali mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya,meniup perasaan cinta dan kasih kepada Pencipta dan rasulNya serta agamaNya dengan cinta yang sedalam-dalamnya.
Di bawah payung ISLAM,kita bersatu,bergerak seiringan,sebagai satu ummah,umat yang berkualiti disisiNya,sepertimana para sahabat...sepertimana umat Islam yang ada ketika zaman pemerintahan khulafa'.Agar Islam berdiri dengan megah,tidak lagi dihina,dicaci,dikutuk dengan sesuka hati.
Bagaimana? Mulakan dari perkara yang paling asas...didiklah jiwa...didiklah hati...dengan tarbiyyah...melalui taman-taman syurga (usrah) yang penuh dengan bi'ah Islamiyyah.Tarbiyyahlah diri..kerana di situlah bermulanya perjuangan yang hakiki.
Ayuh,sedarlah...sedarkanlah sahabat-sahabat yang masih belum sedar...ingatlah,mereka adalah saudara kita...