Friday 5 November 2010

kaca tak sama dengan intan permata

...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Alhamdulillah...segala puji-pujian bagi Allah...tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.Setiap hari kalimah ini yang diulang dan diulang lagi...tanda keimanan dan kepatuhan kita kepada Ilahi.Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat iman dan islam.Masih diberi peluang untuk mengabdikan diri kepadaNya.Masih lagi diberi ruang untuk menjalani kehidupan seharian dibawah lembayung ISLAM yang diredhaiNya.Pejam celik pejam celik,hari berganti hari,masa terus berlalu meninggalkan kita.Dan manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Melainkan mereka yang Allah berikan kepadanya keimanan...dan saling berpesan ke arah kebaikan ...dan berpesan supaya menjauhi keburukan.



Kasih sayang Allah cukup luas.Diberi pelbagai nikmat dan ganjaran kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.Tetapi tidak semua yang sedar akan hakikat ini.Ada yang berkata bahawa Allah itu sangat kejam,tidak adil dan sebagainya.Hanya kerana mereka ditimpakan pelbagai ujian dan dugaan yang tak disangka-sangka.Namun sedarkah mereka...bahawa setiap insan yang bernyawa adalah hamba,hak milik mutlak Allah.Namun usah buruk sangka...kerana setiap apa yang Allah turunkan ke atas hambaNya yang beriman merupakan tanda kecintaanNya kepada kita.Ujian itu adalah tarbiyah.Didikan yang amat hebat dari Allah.Kerana setiap yang datang dari Allah cukup hebat dan tiada tandingannya.Manusia tidak mampu untuk berjalan sendiri dengan baik tanpa tarbiyah.



Dan setiap manusia beriman pastinya inginkan ganjaran syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Ganjaran maha agung yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang beriman dan bertaqwa.Namun,berapakah nilai yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurgaNya?Adakah memadai sekadar menyempurnakan rukun iman dan islam?Adakah memadai dengan menuruti setiap amalan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?Adakah cukup hanya dengan mentaati Allah dan RasulNya serta meninggalkan segala perkara yang dilarangNya?



Ingatkah kita akan kisah Nabi Allah Yunus yang ditelan oleh ikan nun,ditemani kegelapan dalam masa 40hari 40 malam dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cubaan dari Tuhannya?Walaupun baginda adalah manusia mulia yang diutus oleh Allah ke atas muka bumi ini,namun itu bukanlah alasan untuk Allah tidak mendatangkan kepayahan ke atas diri baginda.

Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan)...


Namun Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...tidak dibiarkan begitu sahaja hambaNya memikul beban yang cukup berat itu...dan Allah berfirman lagi ...


...sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (2:214)


Maka itulah harga sebuah syurga Allah...tidak ternilai...

firman Allah dalam surah at-Taubah...


Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk meraka...


Mahukan syurga tapi tak sanggup korbankan jiwa harta dan apa sahaja untuk Allah dan agamaNya.Duduk sebentar...dan berfikirlah sejenak.


Allahu a'alam