Tuesday 14 September 2010

Kala Syawal Bertasbih

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...kalimah suci yang acap kali diungkapkan tatkala seseorang itu mendapat suatu rahmat berupa kejayaan,kebahagian,kesenangan,kelapangan dan pelbagai lagi tanda terima kasih kepada Ilahi.

"Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar wa lillahilhamd"

Kalimah puji-pujian yang pasti kedengaran pabila 1 Syawal menjelma.Tanda syukur di atas kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.Tibanya Syawal,perginya Ramadhan.

Ada yang gembira,dan ada pula yang berduka.


Teringat zaman kecik-kecik dulu...raya sangat dinantikan

Ramadhan Kareem...bulan yang penuh dengan hikmah dan rahmah.Selain menjalankan ibadah puasa selama sebulan,ramai umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memperkasakan rohani dengan pelbagai ibadah tambahan.Tadarus Al-Quran,solat fardhu berjemaah,solat sunat tarawih,qiamullail,berzikir dan bersedekah.Masjid-masjid dipenuhi dengan para jemaah,tak kira kecil besar tua muda.Suasana biasa yang dapat dilihat di bulan Ramadhan.Tatkala pulang bercuti di Malaysia Ogos lalu,saya berkesempatan mendirikan solat fardhu Isyak serta solat tarawih di masjid negeri Shah Alam.Subhanallah.Ramainya umat Islam yang mendatangi masjid ketika malam itu.Sehingga terpaksa diupah beberapa orang охрана(pakguard) untuk mengawal lalu lintas di dalam kawasan parking kereta masjid tersebut.Di dalam hati,terdetik kata-kata,alangkah indahnya jika semua masjid yang di Malaysia ini meriah seperti ini,tak kira masa,pagi petang siang atau malam,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah,Zulhijjah atau bila-bila saja.

Inilah fenomenanya.Bila tamat saja Ramadhan,masjid kembali semula lengang.Bukan tiada jemaah...ada...tapi berapa kerat saja.Seperti pepatah melayu,"habes madu sepah dibuang".

Ramadhan itu umpama taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga yang cantik,di mana terkandung di dalamnya madu-madu yang lazat.Di kala semua madu habis dihisap,dikaut maka sepahnya di buang.Di buang begitu saja.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 7:

“Dan kenanglah ni’mat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu, serta ingatlah perjanjiannNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah Allah dan RasulNya).” Dan betaqwa lah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati).”

Adakah Ramadhan itu satu-satunya bulan untuk kita mengaut semua nikmat Allah?

Adakah Ramadhan itu satu-satunya ladang ibadah untuk kita meningkatkan amalan siang dan malam?

Adakah di dalam Ramadhan saja kita nak stop amalan tak berfaedah seperti merokok,menjaga tutur kata,menjaga pandangan dan sebagainya?

Ketahuilah bahawa segala amal ibadah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan itu hanyalah kerana Allah.BUKAN kerana ia adalah bulan mulia untuk umat Islam.Di mana semua muslim wajib berpuasa sebulan,tidak ada pada bulan-bulan lain.BUKAN kerana adanya lailatul Qadr,malam yang lebih mulia dari seribu bulan.Cukup sedih,bagi mereka yang tidak faham erti sebenar Ramadhan.Sebab itulah tatkala berlalu saja Ramadhan,semua kembali seperti sebelumnya.Amalan-amalan yang didirikan semasa di bulan Ramadhan entah hilang ke mana.Masjid entah tak tahu apa fungsinya.Apa yang pasti bila tiba hari Jumaat,barulah kelihatan fungsinya.

Namun...masih ramai mukminin mukminat yang tahu,faham dan sedar bahawa hidup dan mati mereka lillahi ta'ala.Tibanya Syawal...ibadah puasa diteruskan dengan amalan puasa sunat enam.Cara Allah mentarbiyah hambaNya untuk terus bertaqwa kepadaNya.Hadis nabi menyatakan pabila seseorang itu berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal umpama dia berpuasa sepanjang tahun.

Mari bersama-sama mengambil ibrah di bulan Ramadhan yang telah pergi,teruskanlah amalan fardhu dan sunat,kerana ia bukan semata-mata untuk Ramadhan.Kerana Ramadhan itu tidak kekal,datang dan pergi setiap tahun.Hanya Allah yang kekal dan kepada Dia saja yang berhak disembah.Betulkanlah niat,bahawa setiap amal kebajikan itu 150% keranaNya.

Oh dah 10 Syawal rupanya.Masih ada open house di sana sini.Jangan lupa...isi jasmani,isi juga rohani.Selamat beramal.